31.07.2012, Selasa - Semalam Syah belanja Muss dan Cd berbuka puasa di Hj Sharin Low Seafood Restaurant iaitu restoran halal yang menyediakan masakan Cina. Restoran nie terletak di No.6, Jalan 8/23E, Taman Danau Kota off Jalan Genting Klang iaitu berhampiran KL Residence Syah. Muss dan Cd booking menu dan tempat dulu sewaktu mereka balik dari kerja dan jam 19:10hrs baru kami keluar rumah. On the way balik office tu Syah beli sedikit kuih, my favourite kuih sagu dan lepat pisang. Restoran nie ada menyediakan satu ruangan khas untuk para pengunjung menunaikan solat Maghrib dan Syah sempat solat sekejap selepas berbuka dan kemudiannya continue makan. Biasalah pelanggan sibuk berbuka dan kemudiannya nampak macam ada yang bergesas bangun untuk buat bayaran coz nak solat dirumah lah tu agaknya sebab tu mereka tak solat diruangan yang disediakan.
Menu malam tadi Seebass Fish, Baby Kailan Oyster Sauce, Mixed Vegitable, Barli Panas, Asam Boi Kasturi serta Sirap Bandung. Syah dan Cd makan lauk tu sahaja tanpa nasi manakala Muss order Kong Po Beef Rice. Semuanya RM95.50 dan masa buat entry nie baru perasan ada ditulis plain rice dan patutlah mereka hantar nasi putih kat meja kami dan kami kata tak order. Alamak rupanya diamasukkan caj nasi tu dalam bill Syah RM1.50. Tak apalah dah rezeki dia, biar jer lah kan? Lepas makan kami balik ke KL Residence dan lepak sekejap sebelum ke surau. Masa Syah ke surau, Cd fetch Haziq di LRT Melati kerana dia balik lewat dan kerja extra sehingga jam 20:00hrs. Oklah semua hingga berjumpa lagi dilain Entry............. Selamat Berpuasa Semua.
No comments:
Post a Comment