Saturday, July 21, 2012

Sultan Brunei Tunaikan Solat Jumaat Di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit

21.07.2012, Sabtu - Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam,Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien telah menunaikan Solat Jumaat di Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim kilanas. Turut mengiringi adalah dua orang putera baginda, iaitu  Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik.

Keberangkatan tiba Tuanku Sultan Brunei disambut oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pengiran Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad bin Pengiran Haji Abdul Rahman. Sebelum berangkat masuk ke dewan solat utama, Tuanku Sultan Brunei   bersalaman dengan para jemaah yang sedang menunggu keberangkatan tiba baginda. Khutbah Jumaat disampaikan oleh Yang Behormat Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Yahya bin Haji Ibrahim manakala Solat Jumaat dipimpin oleh Yang Behormat Pehin Datu Imam Dato Paduka Seria Setia Ustaz Haji Awang Abdul Hamid bin Bakal.

Sumber :- Brunei Information Department

No comments: