05.07.2012, Khamis - Pejam celik pejam celik kejap jer sudah hari Khamis dan esok Jumaat dan lepas tu Syah cuti dua hari coz kami di TM kerja 5 hari seminggu sahaja. Malam semalam Syah singgah KLCC on the way balik ke KL Residence untuk solat Maghrib dan kemudiannya nak cari seluar coz seluar Syah semuanya dah longgar bak kata orang kalau tak pakai belt orang tarik boleh melurut (lucut) seluar tu. Semalam bila test seluar rupanya Syah pakai saiz 32 means memang banyak bezanya compare to dahulu 36 - 34. So Syah beli satu dulu kat Isetan dan sementara tunggu dia potong kaki seluar tu Syah ronda-ronda dan beli sepasang kasut kerja. Syah beli coz yang sedia ada tu dah agak azab sedikit. Syah jenis yang pakai kasut kerja satu jew dan bila sudah hendak rosak baru ganti dan bukan macam sesetengah orang ada koleksi kasut dua tiga pasang atau lebih, buat masa ini macam tulah Syah tak tahu in future Syah berubah pula suka beli kasut kerja lebih daripada satu. Kalau kasut bawa jalan-jalan tu memanglah ada lebih dari dua.
Kerja lately nie memang banyak dan Syah selalu balik lewat tetapi untung Syah stay di KL Residence dan tak adalah masalah nak balik lewat. Insyallah, esok Syah balik ke Rawang Residence semula dan tengoklah macam mana Isnin nie nanti samada hendak stay KL atau Rawang itu Syah fikirkan kemudian bergantung kepada keadaan dan mood. Keadaan kesihatan Syah going to be ok dan rasa sakit-sakit kat bawah tu dan sekitarnya ada masa-masanya terasa gak dan kemudiannya hilang. Insyallah going to be ok lah tu, minta-mintanya lah kan? Ok lah Syah hendak sambung kerja semula dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry.........................
1 comment:
cantik kasut
Post a Comment