Monday, July 2, 2012

Majlis Bersanding Pengiran Nafee dan Pengiran Yura

02.07.2012, Isnin - Majlis Bersanding  YAM Pengiran Anak Haji Abdul Nafee' bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris dan pasangannya YM Pengiran Hajah Yura Halimatussa'adah binti Pengiran Haji Yura Perkasa berlangsung dengan penuh warna warni dan adat istiadat diraja Brunei Darussalam pada malam semalam di Taman Seri Alam, Kampung Jangsak. Bak kata pepatah Melayu, Bagai Pinang Dibelah Dua kedua pasangan "Raja Sehari" ini begitu angun berada diatas pelamin khas untuk meraikan hari istemewa dan bersejarah  mereka. 

Mempelai lelaki merupakan anak saudara kepada KDYMM Sultan Brunei manakala mempelai perempuan merupakan anak saudara kepada KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.  Pengiran Nafee' merupakan salah seorang daripada lima orang anakanda kepada Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam yang merupakan adinda kepada KDYMM Sultan Brunei manakala Pengiran Yura merupakan puteri kepada Yang Mulia Pengiran Anak Hajah Mastura binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohammad Alam yang merupakan adinda kepada KDYMM Raja Isteri.

Turut serta dalam majlis ini adalah KDYMM Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, DYTM Pengiran Muda Mahkota Brunei Darussalam dan Isteri, putera dan puteri Sultan Brunei serta kerabat diraja Brunei dan para tetamu khas. KDYMM Sultan Brunei kini berada di Thailand untuk lawatan rasmi negara dan tidak dapat menghadiri majlis ini.

Sumber : Borneo Buletin / Naning

No comments: