Tuesday, July 10, 2012

Majlis Tahlil Sempena 100 Hari Kemangkatan Allahyarham Raja Dato' Seri Ashman Shah

10.07.2012, Selasa - Pada Sabtu lepas bersamaan 07.07.2012 telah diadakan Majlis Tahlil sempena 100 hari kemangkatan Allahyarham Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Ashman Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah.  Majlis diadakan di Balai Rongseri lama tingkat 3, Istana Iskandariah, Bukit Chandan di Bandar Diraja Kuala Kangsar.  Majlis dimulai dengan bacaan Yasin selepas Solat Maghrib manakala jamuan makan diadakan selepas Solat Insyak dan kemudiannya diadakan maulid iaitu berzikir sambil berkasidah.  

Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Raja Dr. Nazrin Shah ibni Sultan Azlan Muhibbuddin Shah serta putera tunggal Allahyarham Raja Ashman, Yang Teramat Mulia Raja Kecil Tengah Perak Darul Ridzuan, Dato' Raja Ahmad Nazim Azlan Shah.

Sumber : Legacy Yusuf Ekram

7 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum syah..

pertama kali saya terjumpa lalu terbaca blog ni.. banyak berkisar tentang raja-raja.. lama juga saya mencari blog yang semacam ni..kerana saya suka juga nak mengetahui cerita tentang kisah raja-raja ni.. dan di sinilah bermula segalanya.. terima kasih syah kerana menulis semuanya tentang ini...

by the way.. salam kenalan dari saya... adinda amy

Anonymous said...

kenapa shoutmix tu kosong?

tengkusyah said...

Salam dan terima kasih Amy atas sokongan anda.

tengkusyah said...

Shoutmix tu tiba2 jadi begitu dan tak silap kalau nak kena melanggan, So biarkan jer lah ........

Anonymous said...

shoutmix free kan?

tengkusyah said...

Tak tahu beberapa bulan lepas dia minta click ada link tu dan kalau nak cont' kena bayar. So diamkan jer lah.

Anonymous said...

Bro mana dpt gambar tu? Tolong kredit kpd empunya facebook tu