Thursday, July 5, 2012

Tengku Mahkota Pahang Terima Zakat Perniagaan Daripada PNB

07.05.2012, Khamis - Semalam Tengku Mahkota Pahang, Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Al-Haj ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah telah berkenan menerima Zakat Perniagaan daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB) berjumlah RM 5.255 juta. Tengku Abdullah yang juga merupakan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) menerima zakat perniagaan itu bagi pihak MUIP daripada Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam satu majlis yang diadakan di Kuantan, Pahang. Ini merupakan kali kedua PNB mengeluarkan zakat perniagaan pada tahun ini dan terdahulu zakat perniagaan berjumlah RM 7.197 diberikan kepada negeri Perak yang disampaikan kepada Raja Muda Perak Darul Ridzuan Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah bagi pihak Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan pada 02.07.2012 lepas dalam satu majlis yang diadakan di Istana Perak, Jalan Changkat Persekutuan, Kuala Lumpur.

Tengku Abdullah dalam kenyataanya kepada Bernama memaklumkan bahawa tahap kesedaran pembayaran zakat semakin meningkat di Pahang hasil daripada beberapa program yang dilaksanakan oleh MUIP dan berharap agar kutipan zakat akan terus meningkat diatas kesedaran ini. Titah baginda :-

"Kita juga akan melancarkan satu program untuk mewajibkan bayaran zakat melalui potongan gaji yang akan diuruskan dalam masa terdekat ini"

Sumber :- Bernama 

No comments: