31.07.2012, Selasa - Petang semalam Al-Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V yang juga merupakan Timbalan Yang di-Pertuan Agong telah berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa, Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena sambutan Hari Pahlawan 2012. Majlis yang diadakan di Masji Negara ini turut dihadiri oleh Perdana Menteri yang amat kita kasihi iaitu YAB Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Datuk Seri dan Datin Seri merupakan penaung Tabung Rayuan Hari Pahlawan. Turut serta adalah Menteri Pertahanan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi dan Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin. Majlis bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat telah dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara, Tan Sri Dato' Syaikh Haji Ismail bin Muhammad. Baginda dan rombongan kemudiannya berbuka puasa bersama para jemaah lainnya dan kemudiannya menunaikan Solat Maghrib, Insyak dan Terawih berjemaah.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment