08.07.2012, Ahad - Malam tadi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang, Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Mu'adzam Shah telah berkenan mencemar duli menyempurnakan perasmian Sukan Malaysia atau SUKMA ke-15. SUKMA kali ini diadakan di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang dan majlis perasmian ini dihadiri kira-kira 40,000 orang penonton. Tuanku Sultan Pahang berangkat masuk ke stadium dengan menaiki pedati khas diiringi perarakan replika gajah yang menjadi lambang negeri Pahang. Iannya disusuli dengan persembahan gendang, silat dan tarian bewarna-warni daripada 2,000 peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah, pelatih Pusat Latihan Khidmat Negara dan pelajar institut pengajian tinggi di Pahang.
Gimik penyanyi tersohor negara, Datuk Siti Norhaliza menyanyi sambil menunggang replika gajah mekanikal menarik perhatian umum dan menjadi tumpuan ramai dalam acara pembukaan ini. Majlis dimulai dengan perbarisan lintas hormat 15 kontijen termasuk pasukan jemputan dari Brunei. Tiga orang bekas atlet kelahiran Pahang iaitu Amirul Ibrahim (angkat berat), R.Haridas (olahraga) dan Chan Zhi Hui (gimnastik) telah diberi penghormatan menyalakan obor manakala lafaz ikrar diketuai oleh atlet menembak Mohd Nur Rohimin Abdul Halim. Selepas itu upacara menaikkan bendara kejohanan dilaksanakan. Obor kemudiannya diserahkan kepada Tuanku Ahmad Shah dan kemudiannya Tuanku Ahmad Shah melafazkan titah perasmian.
Jika anda berada di Pahang jangan lupa datang menyaksikan SUKMA yang sedang berlangsung sekarang hingga 16 Julai ini dilokasi-lokasi terpilih sekitar Kuantan, Temerloh dan Pekan. Majulah Sukan Untuk Negara dan Malaysia Boleh.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment