08.07.2012, Ahad - Salam semua dan Apa Khabar dan Syah berharap anda semua dalam keadaan sihat dan gembira bersama keluarga/orang tersayang. Selamat bercuti pada yang sedang bercuti, selamat menjalani kursus pada yang ada program team building dan seumpamanya dan pada yang kurang sihat semuga kalian cepat sembuh dengan kehendak Allah dan jangan berhenti berdoa kepana NYA. Semenjak dua tiga hari nie kan Syah ada inform bila buang air kecil/besar atau bergerak, ada masa-masanya testis Syah terasa sakit, semalam rasa tu datang lagi. Tapi malam tadi rasa tu sakit sangat dan lepas buang air kecil rasa tu datang dan kemudian hilang. Walau bagaimanapun masa Syah baring rasa sakit seperti nilu, pedih dan saluran kencing Syah rasa gatal lalu Syah ambil decision ke kelinik. Mula-mula call Azrin minta hantar tetapi memandangkan dia baru balik dari uruskan wedding pelangganya Syah batalkan niat tu. Call Muss tetapi tutup handphone dan lagipun dia di KL. Lalu Syah call Teksi Sapu atau disini sebut kereta sapu iaitu kereta biasa yang ambil perkhidmatan upah bawa orang.untuk ke Pekan Rawang dan Syah ada simpan nombor telefon mereka.
Pemandu tu bawa laju betul sebab dia hendak fetch customer lain dan turunkan Syah agak jauh sedikit dari kelinik dan Syah jalan kaki. Sampai kelinik Mediviron mereka kata doktor dah balik dan hendak tutup. Waktu tu jam hampir sepuluh malam. lalu Syah tanya ada kelinik lain dan dia minta Syah kedepan sedikit ada satu lagi kelinik. Kelinik tupun sedang dalam persediaan untuk tutup dan Syah tanya nurse ada kelinik lain tak dan dia kata dia tak tahulah. lalu Syah teringat ada satu lagi kelinik dan dari jauh kelinik tu dah turunkan tirai keliniknya tanda dah tutup. Waktu tu sakitnya dah tak ada lagi. Lalu Syah ambil keputusan naik teksi balik Rawang Residence kerana kat Garing Permai ada satu lagi kelinik. Masa on the way kat bus stop ada seorang Indian tanya hendak naik teksi (kereta sapu) dan Syah geleng kepala tetapi kemudiannya Syah ubah pendirian dan naik kereta sapu tu.
Syah tanya dia sini ada kelinik 24 hours tak dan dia kata ada di Batu 17, Rawang lalu Syah minta hantar kesana dan minta dia tunggu dan katanya boleh. lalu dia bawa Syah ke Kelinik Ng dan Singh. Semasa diperiksa Dr tanya ada sakit batu karang tak ? dan Syah kata tidak tetapi Syah ada masalah dengan epididymis. Dr kata mungkin itu sebabnya Syah rasa sakit tu dan kena infection. Dr buat pemeriksaan air kencing dan tak ada darah katanya. Dr bagi ubat antibiotik, tahan sakit dan satu lagi tu tu tulis sakit perut dan lawas kencing dan cajnya RM50.00 dan kalau after twelve they will charge double. Lepas bayar Syah minta resit dan minta pemandu kereta sapu yang berbangsa India tu hantar Syah balik. Satu jer yang Syah pegang cakap pemandu nie katanya, ibu dia kata kadangkala orang tu sakit dan bila dia pergi kekelinik tertentu sakitnya baik dan jadi amalan ke kelinik tu bila sakit tetapi sebenarnya selain daripada ubat tu yang penting hati kita yang akan kata sakit kita akan baik, sebab tu sembuh katanya.
Maksud dia tu kita kena berfikiran positif dan mengawal emosi kita dan bila sakit jangan ikutkan sangat sakit tu kerana ianya akan menambahkan lagi kesakitan kita. Kita kena percaya dan yakin sakit tu akan sembuh dan gunakan sikologi ini untuk menyembuhkan diri kita sendiri. Memang ada betul kata dia tu, ada juga Dr informed Syah jika kita sakit jangan berfikir tentang sakit tu dan mereka-reka tambah buat diagnose sendiri kerana benda yang sakit tu akan bertambah sakit kerana kita dah setkan kat fikiran kita begitu. Macam inilah keadaan kesihatan Syah dan bahagian yang operate tu ada masanya rasa sakit sedikit dan kemudian rasa sakit tu hilang.
Jumaat lepas ada member bagi sejenis pokok untuk dimakan oleh orang-orang yang ada masalah buasir kerana iannya boleh mengecutkan buasir. Namanya Syah tak ingat tetapi ada perkataan "ketam" kerana pokok tu berulas-ulas seperti sepit ketam. Makannya kita kena potong 1 inci dan masukkan dalam pisang dan telan. Jumaat hari tu Syah letak dalam buah prune dan kunyah sedikit dan terus tekak Syah rasa pijar, pedas dan sakit sangat macam kena ulcer. Kuat getahnya kot sebab tu mereka minta potong kecil dan telan sahaja. Jenuh Syah berkumur-kumur hilangkan rasa sakit tu dan lama-lama hilang sedikit demi sedikit. Selepas sakit malam tadi Syah informed my brother on the phone hendak hentikan makan pokok tu dan dia kata makan sahaja ubat doktor bagi. Dia minta Syah stay KL Residence sahaja buat sementara waktu nie.
Semalam dua kali Syah ke pejabat kerana tertinggal jam tangan. Jumaat lepas nak balik ke Rawang tetapi tak jadi sebab train ada masalah lalu Syah balik KL Residence sahaja. On the way ke KL Residence baru perasan jam tak ada dan Syah memang pelupa selalu tertinggal jam kat toilet dan cleaner bagi semula kat Syah. Pagi Sabtu (semalam) sebelum balik ke Rawang Syah singgah office cari jam tu dan tak jumpa atas meja Syah lalu ke toilet disable yang Syah selalu gunakan tu tak ada juga. Jumpa cleaner dan informed perkara nie dia kata tak jumpa dan Isnin nanti dia akan tanyakan orang lain jika terjumpa jam tu. Dan Syahpun balik.
On the way balik ke Rawang, Syah cuba ingat kat mana Syah letak jam semalam. Last sekali masa ambil air sembahyang untuk Solat Jumaat dan Syah letakkan dalam tempat tisu. lalu selepas Zohor Syah keluar semual ke KL dan terus ke pejabat. Sampai office banyak lif yang tak boleh guna sebab ada staff Tenaga Nasional buat kerja kat belakang Menara TM . Satu lif jer ok lalu Syah naik dan bila nak buka pintu elektrik tak ada dan tak boleh tuch kad lalu Syah ikut emergency exit untuk turun ke ground floor dan guna pintu belakang tetapi bila sampai tingkat 3 (food court)Syah tengok ada cleaner buat kerja lalu Syah terus kebelakang dan naik tangga tu dari aras 3. Bila sampai tingkat 14 Syah terus kebilik air dan buka tempat tisu tu tetapi tak ada. Syah masuk office sekejap dan cari lagi kat atas meja tetapi tak ada juga lalu Syah turun semula guna tangga ke ground floor.
Syah takut jam tu jatuh dalam tempat sampah tisu tu dan cleaner dah buang sebab mereka tak nampak. Actually Syah memang tak ingat mana Syah letak jam tu tetapi seingat Syah masa Solat tu lah. Syah memang ada masalah pelupa sebab tu buat kerjapun kadangkala Syah tulis supaya tak lupa. Semalam juga Muss call sebab Syah lupa tutup air masa tanam pokok ketam tu petang Jumaat lepas. Pagi Sabtu tu ada jiran complain kat securiti longkang mereka overflow rupa-rupanya paip KL Residence Syah tak tutup since petang Jumaat sampai pagi Sabtu . Syah informed Muss jika ada pertambahan bill air daripada biasanya Syah akan top-up bayaran tu. Syah memang lalai dan pelupa. Ya Allah .............
Sebelum balik dan solat Asar kat KL Sentral semalam Syah bawa one of my collection but not my favourite watch untuk gantikan baterinya. jam nie mahal gak tetapi jarang pakai sebab tu baterinya cepat habis. Jam yang hilang tu Syah beli tak silap RM350.00 satu dan Syah beli tiga. Sebenarnya jam tu ada sentimental value dalam hidup Syah tetapi tak boleh nak share kat sini dan Syah beli lima atau enam tahun lepas. jam inilah yang sentiasa Syah pakai dan berada disisi Syah walaupun Syah ada dua lagi jam tangan. Gambar disebelah ini lah jam tangan yang Syah gantikan baterinya tu. Jam yang hilang tu tak ada gambar.
Oklah semua panjang lebar Syah bercerita hari nie dan Syah hendak jemur baju sat lagi dan sehingga berjumpa lagi dilain Entry .................... doakan Syah cepat sembuh dari penyakit dan Sihat yer semua.
1 comment:
Slm Syah. saya baca entry awak seronok jugak membacanya.
awak mentioned awak ada simpan nombor telefon kereta sapu area rawang kan, boleh tak awak share sebab saya ingat nak menggunakan khidmad kereta sapu area rawang ni. tq =))
Post a Comment