22.07.2012, Ahad - Semalam Menteri Pelancongan Datuk Seri Dr Ng Yen Yen telah merasmikan pelancaran Bazar Ramadan 2012 di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur. Sempena pelancaran ini, bubur lambuk yang terkenal di Kampung Baru terutamanya bila menjelang bulan Puasa telah dijadikan Ikon Pelancungan dan dikenali sebagai Bubur Lambuk Agong Kampung Baru. Sebanyak 100 periuk bubur lambuk Agong Kampung Baru telah diagihkan kepada para pengunjung. . Kelihatan Datuk Seri Dr Yen Yen mengacau Bubur Lambuk Agung Kampung Baru bersama-sama Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib (kanan) sebagai simbolik pelancaran Bazar Ramadan 2012. Menurut Datuk Seri Dr Yen Yen, Bazar Ramadan merupakan platform bagi Malaysia mempromosikan makanan dan minuman rakyat tempatan yang berbilang bangsa dan budaya kepada pelancung asing.
Sumber :- Bernama
2 comments:
bubur lambok kampung baru ni memang famous kan...
Yer memang terkenal sstu Malaya. .....
Post a Comment