24.07.2012, Selasa - Malam tadi sempena puasa hari yang ketiga, Istana Iskandariah telah mengadakan jamuan berbuka puasa bertempat di Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Bandar Diraja Kuala Kangsar untuk tetamu-tetamu jemputan khas. Program dimulai dengan Majlis Berbuka Puasa, Solat Maghrib Berjemaah, Majlis Makan Malam, Solat Insyak dan Terawikh Berjemaah. Menu berbuka puasa adalah Buah Kurma, Bubur Lambuk, Karipap dan Cucur Badak. Manakala minuman pula Sirap Cincau, Teh, Kopi dan Air Mineral.
Selepas Solat Maghrib diadakan jamuan majlis makan malam dengan menu Nasi Putih Basmathi, Nasi Beryani Mehdi, Chutney Tomato, Ayam Mehdi, Kari Ikan Bawal, Daging Masak Kicap, Sambal Tumis Ikan Masin dan Acar Rampai manakala pencuci mulut pula Walnut Brownies dan Agar-Agar Lapis. Minuman pula Sirap Limau, Teh Tarik dan Air Mineral.
Sumber :- Raja Nur Janah / Tengku Soraya.
No comments:
Post a Comment