Pada 19.12.2009 Syah singgah ke Teluk Intan, Perak dalam perjalanan balik ke Sabak Bernam, Selangor. Syah sempat melawat Bekas Istana Rasmi Raja Muda Perak. Istana ini dibawah pentadbiran kerajaan negeri.Beginilah rupanya Istana berkenaan yang telah lama tidak berpenghuni. Teringat Syah semasa kecil-kecil dahulu pernah lalu disini dan Istana ini tidaklah sedaif sekarang. Istana ini terletak di Jalan Syed Abu Bakar, Teluk Intan, Perak berhampiran Sekolah Convent dan St Anthony Teluk Intan. Keluasan kawsan Istana ini dikatakan lebih dari 1 ekar. Menurut pihak Istana memang ada arahan untuk meruntuhkan bagunan berkenaan tetapi tidak dapat dilaksanakan lagi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan oleh pihak yang bertanggungjawab.
Maklumat yang Syah terima daripada Istana, Raja Muda Perak terakhir bersemayam di Istana ini adalah Raja Muda Musa. Walau bagaimanapun ini bukanlah maklumat rasmi.
Beginilah keadaan persekitaran bangunan usang ini. Sakit mata memandang dan tidak sepatutnya sebuah tempat yang satu masa dahulu amat dihormati dan dimuliakan dengan sejarahnya tersendiri berakhir sebegini rupa - terpinggir.
Disebabkan sudah lama tidak berpenghuni, Istana ini didiami pokok-pokok yang hampir menutupi keseluruhan bangunan. Scary ............. kan, mungkin ada penghuni lain.... I reserve my comment.
Disebabkan sudah lama tidak berpenghuni, Istana ini didiami pokok-pokok yang hampir menutupi keseluruhan bangunan. Scary ............. kan, mungkin ada penghuni lain.... I reserve my comment.
Beginilah keadaan dalam Istana. Pada pandangan Syah pihak kerajaan negeri seharusnya memainkan peranan dalam usaha membangunkan kawasan ini. Jika tidak ianya akan menjadi sarang penagih dadah atau sebarang aktiviti tidak bermoral/sihat kerana kawasan ini memang mudah untuk dimasuki tanpa sebarang kawalan.
No comments:
Post a Comment