Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni AL-Marhum Sultan Zainal Abidin III merupakan Sultan Terengganu Ke-14. Diputerakan pada 24 Januari 1907 dari bondanya Che Maimunah bt Abdullah, seorang wanita berketurunan Siam. Naik tahta pada 16.12.1945 setelah pihak Bitish memecat anakanda saudaranya Tengku Ali sebagai Sultan Terengganu. Baginda ditabalkan pada 06 Jun 1949 sebagai Sultan Terengganu Ke-14. Baginda dilantik menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong Malaysia Ke-4 mulai 21 September 1965 hingga 20 September 1970.
Baginda Mangkat pada 20.09.1979 dan dimakamkan dalam sebuah bangunan DiKawasan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu. Ini adalah Masjid Abidin, Kuala Terengganu. Ianya terletak berhampiran Istana Maziah dan Pasar Payang. Dahulu masjid ini dikenali sebagai Masjid Putih. Gambar sebelah kanan atas dan kiri bawah adalah bangunan makam Al-Marhum Sultan Ismail. Didalam bangunan inilah makam baginda ditempatkan. Gambar kanan bawah pula memperlihatkan struktur binaan makam Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Syah. Didalam bangunan ini menempatkan enam liang lahad. Buat masa ini terdapat sebuah lagi makam didalam bangunan ini iaitu anakanda baginda YTM Tengku Sri Raja Tengku Abdul Malik.
Pandangan sisi makam serta Batu Nisan Kiri dan Kanan Al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Syah,di sebelah kiri adalah Makam Al-Marhum Tengku Sri Raja, anakanda Sultan Ismail Nasiruddin manakala disebelah kiri pula makam Cik Maimunah bt Abdullah, Bonda kepada Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Makamnya terletak dalam kawasan Makam DiRaja Masjid Abidin Kuala Terengganu. Makam Ayahanda baginda ada dalam blog Syah bertajuk Makam-Makam Sultan Terengganu - 13.12.2009.
No comments:
Post a Comment