Hari ini Syah akan ke Kuala Terengganu kerana hendak menyerahkan wang saku bagi peserta-peserta Program CiBEC (Certificate in Business English and Communications Skills) yang diadakan di TM Training Center (TMTC), Marang, Kuala Terengganu, Terengganu. CiBEC merupakan Program CSR (Corporate Sosial Responsibility) TM kepada masyarakat Malaysia.
Mengikut jadual Flight berlepas jam 07:05am dari LCCT Sepang, Selangor. So awal-awal pagi lagi sudah bangun seawal jam 04:00am.
Sampai di LCCT lebih kurang jam 06:00am. Sempatlah Syah solat Subuh di Surau LCCT. By the way Syah ke Terengganu bersama CiBEC Assistant Director, AB Razak Ibrahim. Closing ceremony akan diadakan pada 11.12.2009 tetapi Ab Razak tidak dapat hadir kerana akan ke Jakarta. Secara tidak langsung ini adalah pertemua terakhir beliau dengan para peserta program ini.
PROBLEMO......... Ingatkan boleh sampai awal tetapi flight delay atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan selama lebihkurang 40 minit. Perjalanan KL - Kuala Terengganu dianggarkan mengambil masa 50 minit tetapi kami mendarat lebih awal dari itu.
PROBLEMO......... Ingatkan boleh sampai awal tetapi flight delay atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan selama lebihkurang 40 minit. Perjalanan KL - Kuala Terengganu dianggarkan mengambil masa 50 minit tetapi kami mendarat lebih awal dari itu.
Saudra disebelah kiri itu yang mengambil kami di Lapangan Terbang Sultan Mahmod. Berbaju putih itulah Assistant Director CiBEC Program. Masing-masing perut sudah keroncong.
Shukur Alhamdullilah, inilah tempat breakfast we all pagi ini. Ab Razak memang handal pasal port makan seluruh Malaysia. Inilah kedai yang pernah jadi kontraversi dulu, siap masuk akhbar lagi. Restoran Nasi Dagang Mak Ngah. Tentu semua ingatkan apa sebabnya jika lupa tanya kawan-kawan. Tu dia Mak Ngah tengah berniaga atas pangkin khas yang disediakan.
Selepas berjumpa dengan vendor yang menjalankan kursus ini dan bertemu dengan para peserta, Syah dan Ab Razak sempat ke Monsun Cup Pulau Duyong pada sebelah petangnya. Cuaca memang menangis tiap-tiap hari. Syah tengok tak ramaipun pengunjungnya mungkin 1st day kot.
Ini adalah petugas-petugas kantin yang menyedia dan menguruskan F&B untuk para peserta. Menu yang disediakan memang mengikut standard pihak kami. Kantin TMTC dikendalikan oleh Usaha Karisma Enterprise - 09 631 5412.
Sebelah malamnya Syah menjamu selera bersama instructor-instructor Program CiBEC di kantin Asrama TMTC. Untuk tenaga pengajar dan peserta yang vegetrian pihak kami menyediakan vegiterian food untuk mereka.
Inilah sebahagian daripada 157 orang peserta program sedang mengambil makanan dikaunter yang disediakan. Dalam program ini TM menyediakan enam kali makan kepada mereka iaitu sarapan pagi, minum pagi, lunch, minum petang, dinner dan supper. Asrama disediakan dan peserta diberi elaun RM250.00 seorang untuk program sebulan ini. Peserta hanya membayar tambang pergi/balik dar tempat masing-masing sahaja, yang lainnya ditanggung oleh TM.
Beginilah keadaan peserta diwaktu malam selepas dinner. Aktiviti mereka bermula seawal jam 08:30am hinggalah 10:00pm. Mana yang ada kelas akan berada dibilik kuliah dan yang tiada kelas memang ada aktiviti masing-masing.
Kumpulan ini pula sedang sedang menjalankan latihan drama. Mereka ada pertandingan dalam minggu hadapan. Pemenang akan beraksi dalam Majlis penutup dan penyampaian sijil yang akan disempurnakan oleh Y.Bhg Datuk Pengerusi TM. Selain drama pelbagai aktiviti dipertandingkan seperti poem, public speking, acara sukan dan lain-lain.
Kumpulan ini pula sedang berbincangan mengenai tugasan yang telah diberikan kepada mereka. Beginilah komitmen para peserta hingga ada yang berlarutan sampai jam 01:00am.
No comments:
Post a Comment