Monday, July 9, 2012

Tokoh Budayawan Melayu Azah Aziz Meninggal Dunia

09.07.2012, Isnin - Inalillahi Wainalilahi Rojiun, Dukacita dimaklumkan bahawa Azah Aziz atau nama sebenarnya Sharifah Azah binti Syed Mohammad Alsagoff yang merupakan seorang budayan dan isteri kepada salah seorang kerabat Diraja Johor Yang Mulia  Professor Diraja Ungku Abdul Aziz bin Ungku Abdul Hamid telah meninggal dunia hari ini dalam usia hampir 84 tahun.  Allahyarhamah dilahirkan di Singapura pada 21.08.1928 dalam keluarga Alsagof yang begitu terkenal dan ternama di Singapura ketika itu.  Allahyarhamah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 10:00 hrs kerana sakit tua dan angin ahmar.  Allahyarhamah berkahwin dengan Pak Ungku ketika berusia 18 tahun dan hasil perkongsian hidup, mereka berdua dikurniakan dengan seorang anak perempuan tunggal iaitu Yang Mulia Tan Sri Dato' Sri Dr Zeti Akhtar yang merupakan Gabenor Bank Negara Malaysia. 


Allahyarhamah mendapat gelaran Budayawan Melayu kerana hobi dan minat beliau mengumpulkan tekstil traditional, perhiasan, pakaian traditional dan kraftangan traditional Melayu. Sejak 1950-an, Allahyarhamah  menulis dan memberi ceramah berkaitan kebudayaan dan kesenian melayu. Allahyarhamah telah memperkenalkan pakaian drama tari dalam Festival Kesenian Universiti-Universiti ASEAN.

Allahyarhamah menjadi penulis akhbar Berita Harian selama 16 tahun bermula pada tahun 1957 dan pada 1973 menjadi editor Utusan Malaysia/Utusan Melayu dan consultant majalah Wanita selama lima tahun. Allahyarhamah juga merupakan individu yang memperkenalkan "Hatiku" yang merupakan puisi pendik berbahasa Jepun kepada rakyat Malaysia. Diantara tulisan-tulisan karya Allahyarhamah adalah :- 

  1. Adik sayang - antologi pantun kanak2 (1971),
  2. Puisi Kanak-Kanak - antologi sajak moden untuk kanak-kanak (1967)
  3. Pantun Kanak-Kanak - antologi enam jilid pantun melayu traditional untuk kanak-kanak
  4. Dendang dan Dondang kanak-kanak - lagu-lagu tradisional untuk kanak-kanak yang ditulis bersama Dr. Ariff Ahmad (1990).
  5. Taman Seni - buku mengenai kraftangan Melayu sebagai pengenalan kepada kanak-kanak (1987)
  6. Marilah Bermain - mengenai pemainan traditional (1993)
  7. Selayang Kenangan - himpun

Allahyarhamah merupakan wanita pertama di Malaysia menerbitkan buku pantun dan lagu kanak-kanak melalui Akaz iaitu syarikat milik Allahyarhamah sendiri.  Allahyarhamah pernah menghadiri Persidangan Penulis Wanita Asia-Pasifik di East Center, Honolulu, Hawai pada 1972 dan Simposium Wanita Afro-Asia sempena Tahun Wanita Antarabangsa di Iskandariah, Mesir pada 1975 dan lain-lain aktiviti berkaitan kewartawanan, kraftangan, tekstil dan kesusteraan kanak-kanak.  Allahyarhamah juga merupakan salah seorang ahli lembaga penasihat Perpustakaan Negara dan ahli penasihat The Encyclopaedia Malaysia.

Jenazah dijadualkan dikebumikan selepas Solat Asar hari ini di Tanah Perkuburan  Islam Bukit Kiara manakala solat Jenazah diadakan di Masjid Saidina Abu Bakar As-Sidiq, Bangsar, Kuala Lumpur.  Takziah diucapkan kepada Pak Ungku sekeluarga semuga tabah menghadapi dugaan ini.  Marilah kita bersama-sama sedekahkan pahala Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Azah Aziz semuga rohnya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.Amin.

Sumber :- Berita Harian Online/Wikipedia/NST Online

1 comment:

Anonymous said...

innalillhah... semoga rohnya dicucuri rahmat...