Thursday, July 12, 2012

Allahyarhamah Tunku Molek Zaharah

12.07.2012, Khamis - Ketiga-tiga budak perempuan dalam gambar ini merupakan puteri-puteri  kepada Allahyarham YAM Tunku Arif Bendahara Johor, Tunku Abu Bakar iaitu anakanda kepada  Almarhum Sultan Sir Ibrahim dan isteri kedua baginda Almarhumah Sultanah Ruqaiya. Gambar ini diambil pada tahun 1931 sewaktu pertabalan Sultanah Helen sebagai Sultanah Johor.  Dari kiri adalah Tunku Molek Zaharah, Tunku Manis Fatimah  dan Tunku Chantek Maimunah. Hasil perkongsian hidup Tunku Abu Bakar dengan satu-satunya isteri beliau, Ungku Fatimah bt Ungku Ahmad telah dikurniakan dengan tujuh orang puteri dan seorang putera tunggal iaitu Tunku Sulaiman yang berkahwin dengan puteri sulung Raja Perlis iaitu YAM Tengku Puteri Utama Perlis Dato Seri DiRaja Sharifah Salwa binti Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.  


Tunku Molek mangkat ketika berusia 17 tahun pada 01.03.1939 kerana serangan Demam Typhoid atau juga dikenali sebagai Penyakit Taun.  Berita kemangkatan Allahyarhamah Tunku Molek telah dimuatkan dalam akhbar ketika itu.    Tunku Molek merupakan pelajar pintar di Johor Baharu Convent School dan telah memperolehi  keputusan cemerlang dalam peperiksaan Cambridge Junior Examination sebelum kemangkatannya. Jenazah Allahyarhamah Tunku Molek dimakamkan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Baharu, Johor.

Al-Fatihah, Semuga Rohnya Allahyarhamah Tunku Molek Zabedah bt Tunku Abu Bakar Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin



5 comments:

Anonymous said...

Salam, maaf kan saya ku. Rasanya Tunku Abu Bakar Ibni Sultan Ibrahim, bukannya Ibni Sultan Ismail. Sultan Ismail adik beradik dengan Tunku Abu Bakar.

Anonymous said...

salam
rasanya ada kesilapan kerana sepengetahuan saya putera almarhum sultan ismail hanyalah almarhum sultan iskandar dan almarhum tunku abd. rahman. manakala permaisuri sultan ismail ialah almarhumah sultanah aminah, tunku puan nora. sultanah rogayah adalah permaisuri almarhum sultan abu bakar.
mohon maaf sekiranya saya tersilap.

tengkusyah said...

Maaf semua memang Syah tersilap. Nanti Syah betulkan. Ayahandanya Sultan Sir Ibrahim dan bondanya Sultanah Ruqaiya yang dikatakan seorang wanita berdarah campuran India

Anonymous said...

Terima kasih kerana info ini. Baru saya tau Tunku Sulaiman.

Anonymous said...

Syah, tunku molek zaharah atau tunku molek zabedah? Ada dua nama berbeza situ