Sunday, September 18, 2011

Appointment Full Semalam dan Makan Free Siang Malam

My Ex Boss KZ - Dia sempat kenalkan Syah kepada beberapa orang tetamu "Inilah Secretary Saya di TM dan satu-satunya Secretary Jantan pada masa tu" Heheheeh lawaklah En Kamarul nie. By the way dialah satu-satunya Bos yang jadi sahabat Syah - Seriouse tetapi open minded dan pernahlah bergaduh besar dengan dia depan public tetapi macam yang Syah kata dia open minded dan terima bila kita minta maaf. Susahkan nak dapat Boss macam tu. Semenjak dia keluar TM Syah tukar profession dan tak jadi Secretary lagi.

18.09.2011, Sabtu - Semalam tak dapat update blog kerana Syah berada diluar seharian. Syah keluar rumah jam 10:00hrs ke Pekan Rawang untuk ke Mid Valley kerana nak jumpa member Syah Naz. Perkhidmatan Komuter dah ok mulai semalam. Syah sampai Mid Valley jam 11:30hrs dan inform Naz nak bawa dia sekali ke Majlis Walimatul Urus Ex Boss Syah En Kamarul Zaman Mohd Amin atau lebih senang dengan panggilan KZ. Naz keberatan hendak ikut dan minta Syah jumpa dia di KL Sentral sahaja coz lepas tu Syah hendak ke Sentul naik Komuter.

Dari Mid Valley Syah ke KL Sentral dan sampai jam 12:00hrs dan Naz belum sampai lagi. Syah sms tapi tak berbalas dan tiba-tiba dia tegur Syah. Rupa-rupanya credit dia habis dan dia baru top-up. So kami lunch sama-sama di Burger King. Mahal juga yek makan kat sini dan thanx to Naz kerana belanja Syah lunch semalam. Masa makan Muss call inform boleh hantar Syah ke rumah KZ tetapi lewat sedikit sebab jiran sebelah rumah we all di KL Residence buat open house plus kenduri doa selamat. So tak perlulah Syah naik Komuter.

Jam 14:05hrs Syah minta diri untuk balik ke KL Residence dan salam Naz sambil ucapkan terima kasih. Malam nie Naz akan balik semula ke Perlis coz dia study kat sana dan dia balik minggu nie kerana kebetulan cuti sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia. Syah tak balik ke KL Residence dan tunggu Muss di LRT Melati jer. Hampir jam 14:55hrs baru Muss sampai dengan Uncle Shariff yang kebetulan ada di KL Residence. Hari nie Muss outstation. Dari Melati kami cari rumah KZ based on kad jemputan dan akhirnya sampai juga. Waktu kami sampai jam 15:10hrs agaknya lah tetapi orang masih ada lagi coz majlis tamat jam 16:00hrs.


Dr Abdul Rauf Kamarul Zaman dan Pasangannya Dr Farah Aliaa Mohd Ali. Masa Syah jadi secretary kepada Ayahnya dia nie masih bersekolah lagi. En Kamarul selalu berulang-alik ke Bandung melawat anaknya dan Syah selalu menyakat dia dan kata "Boleh tak biarkan budak tu berdikiri sendiri" Tetapikan........ sebagai seorang bapa yang Mithali itu adalah tanggungjawab dia bagi memastikan anak-anaknya dalam keadaan sempurna. Itulah En Kamarul sebenarnya........

Sampai jer salam KZ dan Syah ambil makanan. Sempat sembang-sembag sekejap tanya khabar KZ. KZ nie anaknya tiga orang iaitu dua lelaki dan seorang perempuan dan semuanya ambil bidang medic. Tiga-tiga anaknya doktor. Hari nie wedding anak sulungnya Dr. Abdul Rauf dan pasangannya Dr Farah Aliaa. Tiba-tiba KZ tarik tangan Syah dan kenalkan kepada beberap orang tetamu dan Syah tak kenal siapa mereka. Ruapa-rupanya staff baru dia di syarikat consultant yang dia bertugas sekarang. Dia kenalkan kepada mereka dan katanya " Inilah adalah bekas secretary Saya di Telekom dan satu-satunya secretary jantan masa tu" KZ memang suka berlawak hehehehe........... dan sempat salam mereka. By the way sekarang banyak sekretary lelaki dah kat TM dan Syah pun semenjak KZ tinggalkan TM Syah tak buat tugas-tugas Kesetiausahaan lagi. Syah tukar function buat Admin dan beberapa tahun kemudiannya Syah buat tugas-tugas perakaunan hinggalah sekarang.

Banyak makanan, minuman termasuk cendol, kuih raya serta kerepek dan yang uniknya ada Kueh Teow Goreng Basah yang dibuat kat situ juga. So terpaksalah beratur menunggu giliran kerana kata tukang masak tu benda nie kena buat satu-satu dan tak boleh buat banyak-banyak sekaligus macam mee goreng kerana rasanya akan lari. Syah ambil satu untuk Muss dan Uncle Shariff. Masa Syah nak balik ramai pula jumpa staff lama KZ dari TM yang juga member-member Syah datang. Kebanyakan dari kami sudah tak satu bahagian lagi cuma tinggal Syah dan Azlina jer kat unit lama kami tu. Dari rumah KZ, Muss hantar Syah ke LRT Melati kerana Syah tak tidur di KL Residence hari nie dan nak balik ke Rawang Residence. Bestnya coz Muss pulangkan semula kamera dia pada Syah dan bolehlah menangkap gambar untuk entry blog selepas nie. Thanx Muss.

Kishen disuapkan kek oleh parentsnya - Happy Birthday Kishen

Dari LRT Melati ke Masjid Jamik dan terus ke Bangkok Bank naik Bas baliik Rawang. Syah sampai Rawang Residence hampir jam 20:00hrs dan tiba-tiba Syah terperanjat lihat ada dua khemah besar sebelah rumah Syah. Rupa-rupanya jiran yang langgar kereta Azrin hari tu buat Birthday Party anak lelakinya Kishen Rau. Ada jira inform Syah hadir majlis nie sebab dia invite semua orang kat barisan rumah we all. Ye lah Syah pagi tadi dah keluar awal. So Syahpun hadirlah tunjukkan muka dan Syah minum dan makan buah sahaja dan tak makan nasinya. Tau-Tau jer lah kan? sempat tanya ayah budak tu berapa umurnya dan dia inform 1 tahun 4 bulan dan buat lewat sedikit katanya bagi besar sket. Rupa-rupanya ada majlis keagamaan petang tadi untuk Baby tu.

Ramai gak jemputannya, selain daripada jiran-jiran dan saudara dia, mereka juga jemput Anak-Anak Yatim (Indian) dari Green Park, Rawang, penghuni rumah Pusat Jagaan Kanak-Kanak Kurang Upaya Kirtarsh dari Bukit Beruntung dan ada beberapa orang kurang upaya dewasa berkerusi roda yang Syah tak tahu dari mana dan nampak mereka menaiki van. Majlis nie bermula jam 20:00hrs dan tamat sebelum jam 23:00hrs tak silap Syah. Syah pula letih sangat dan terus tidur selepas balik dari birthday party tu dan pagi nie bangun lewat sket sebab letihlah seharian kat luar semalam.

Ok semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry......................

Friday, September 16, 2011

Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Nenek Askanah






16.09.2011, Jumaat - Akhirnya dapat juga Syah melihat gambar pusara Nenda Angkat Syah Allahyarhamah Nenek Askanah. Nenek adalah nenek kepada Azrin dan Syah dapat gambar nie daripada Azrin semasa mereka melawat pusara nenek pada pagi Hari Raya pertama lepas. Semasa Nenek meninggal dunia syah tak dapat hadir untuk menziarahi jenazah Nenek di Pontian, Johor. Nenek meninggal dunia kerana sakit tua. Selepas solat Syah selalu sedekahkan Al-Fatihah kepada Nenek. Disebelah kiri adalah pusara Allahyarham suami Nenek. Sudah rezeki Nenek dapat disemadikan bersebelahan suami tercinta.

Al-Fatihah....... kepada Nenek Askanah, Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Pekena Laksa Johor Petang Nie

16.09.2011, Sabtu - Petang tadi Azrin call minta Syah datang umah dia coz Kak Cik buat Laksa Johor kerana landlord lama mereka Makcik Saerah and family dan Pakcik Azrin, Cik Yan dan Family hendak datang beraya. Masa Syah sampai mereka sudah ada dan Syahpun kenal mereka semenjak 10 tahun lepas lagi. Dah lama tak makan Laksa Makcik buat dan Syah makan sampai dua pinggan lagi. Specialnya laksa johor nie kerna iannya menggunakan spaghetti dan dimakan dengan ulam-ulam serta ditambah dengan sambal belacan bagi kick lagi. Lepas tetamu balik Syah sembang-sembang dengan Kak Cik, Bak dan Azrin kat luar rumah dan masa nie hari sudah hujan. Jam 19:15hrs Syah balik semula ke rumah Syah yang jaraknya beza tujuh rumah sahaja dari rumah Azrin. Sorry guys tak ada gambar sebab kamera Syah dah bagi kat my brother Muss dan tak tahu bila nak ambil balik kamera tu. By the way thanx to Azrin and family yang invite Syah kerumah mereka tadi untuk makan laksa dan kuih raya. Bukan laksa jer, rojak buah, nasi putih berlauk pun ada tetapi Syah makan Laksa dan kuih raya jer disamping air panas dan sejuk. Rezeki hari nie tak payah nak masak apa-apa since lunch tadi.

Masjid Nurul Iman Open House

16.09.2011, Jumaat - Jam 11:00hrs tadi Syah bertolak ke BandarRawang coz hendak Solat Jumaat di Masjid Nurul Iman, Bandar Rawang. Sampai jer kat bandar Syah ke Maybank keluarkan sedikit duit untuk buat belanja. Selepas tu Syah jalan kaki ke Masjid. Sampai jer Syah tengok ada khemah didepan Masjid dan rupa-rupanya Masjid Nuru Iman buat Rumah Terbuka untuk Hari Raya Aidilfitri. On the way tadi Syah beli wade dan ingatkan hendak makan Mee Rebus yang jual depan Masjid tetapi since dah ada open house on jer lah. Syah makan Nasi Beryani Kambing, Ketupat, Lemang, Kuah Kacang, Rendang Ayam dan Daging serta Jambu Batu serta pelbagai jenis minuman sejuk dan kerepek.

Lepas tu Syah ke toilet dan heran plak Masjid nie grill beberapa pintu toilet cuma buka dua jer. Adalah tu sebabnya mereka buat begitu. Dari toilet Syah terus masuk ke Masjid untuk solat Jumaat dan lepas Solat Syah ambil sedikit minuman dan jambu batu dan tak ambil makanan lain sebab orang ramai sangat malas nak berebut. Sebenarnya perut Syah nie macam meragam jer dari tadi tak taulah kenapa. Sampai Rawang Residence Azrim SMS invite ke rumah dia sebab mum dia buat laksa johor tetapi syah inform tak mengapalah sebab sakit perut. Muss pun ada call Syah juga.

Sambutan Berganda Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia Hari Ini 16.09.2011

Perdana Menteri Malaysia Pertama hingga Kini :- dari kiri Almarhum Tunku Abdul Rahaman Putra Al-Haj, Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussien, Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib.

16.09.2011, Jumaat - Assalammualaikum dan Selamat Pagi Syah ucapkan kepada anda semua. Hari nie merupakan Cuti Umum di Negara kita sempena Perayaan Berganda iaitu Sambutan Hari Malaysia Ke-48 dan Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-54 Peringkat Kebangsaan. Sambutan Hari Malaysia dan Kemerdekaan pada tahun ini adalah julung-julung kalinya diadakan serentak hari ini di Dataran Merdeka. Turut serta adalah Yang di-Pertuan Agong Malaysia dan Raja Permaisuri Agong, Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan Isteri serta Perdana Menteri dan Isteri bersama menteri-menteri kabinet dan rakyat jelata 1 Malaysia. Sambutan hari Kemerdekaan yang sepatutnya disambut pada 31.08.2011 dianjakkan pada hari ini kerana iannya jatuh pada hari sambutan Hari Raya Aidilfitri lepas.

Mungkin kita semua sudah biasa dengan sambutan Hari Kemerdekaan dan bukan Hari Malaysia. Ni Syah nak cerita sket secara ringkas mengenai apa itu Hari Malaysia. Hari ini juga merupakan pertama kalinya sambutan Hari Malaysia diadakan di Kuala Lumpur. Hari Malaysia disambut untuk memperingati tertubuhnya persekutuan Malaysia selepas kemerdekaan negara pada 16.09.1963. Dengan ini bermakna Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura berada dibawah satu negara iaitu Malaysia.Idea asal untuk penubuhan Malaysia telah dikemukakan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 27.05.1961 dalam satu majlis yang diadakan oleh Persatuan Wartawan-Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura.

Sebenarnya pembentukan ini dirancang dilaksanakan pada tarikh 01.06.1963 teapi ditangguhkan kepada 31.08.1963 untuk disamakan sempena tarikh kemerdekaan dan sambutan kemerdekaan Ke-6. Walau bagaimanapun ianya tidak dapat dilaksanakan kerana adanya bantahan daripada Indonesia dan Filipina berhubung penubuhan Malaysia. Dengan adanya bantahan ini ianya terpaksa ditangguhkan seketika. Penangguhan ini juga bagi membolehkan Bangsa-Bangsa Bersatu melakukan pungutan suara di Borneo Utara dan Sarawak berhubung pengabungan ini. Setelah semuanya selesai penubuhan Malaysia telah di Istiharkan pada 16.09.1963. Walau bagaimanapun pada 09.08.1965 Singapura telah mengambil keputusan untuk keluar dari gabungan Malaysia dan menjadi Republik.

Pada awalnya Hari Malaysia merupakan cuti umum bagi negeri Sabah sahaja sempena Hari Keputeraan Yang Di-Pertua Negeri Sabah dan bukan cuti umum bagi Sarawak atau Semenanjung. Walau bagaimanapun mulai tahun 2010 Hari Malaysia telah diumumkan sebagai Cuti UMUM di Malaysia. Terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang mengistiharkan hari ini sebagai hari cuti umum, kalau tak kerja lah kita yer hari nie. Elok juga idea cuti nie, kerana secara tidak langsung generasi muda akan tahu apa itu Hari Malaysia iaitu Hari Penubuhan Malaysia sebagai sebuah negara, kalau tak mungkin mereka tidak ambil peduli apa itu Hari Malaysia kannnnnn?

Thursday, September 15, 2011

Komuter Problem

15.09.2011, Khamis - Pagi nie kat office Syah ada Morning Briefing yang diadakan sebulan sekali dan istemewanya today we all celebrate our Big Boss, Dr Zainal Abu Zarim Birthday yang ke- 50. Walaupun birthday nya esok tetapi we all sambut hari nie kerana esok public holiday. Syah tak sempat hadiri majlis tu kerana lewat masuk office coz komuter ada masalah. Sampai office jer mereka baru mula nak makan. Berbalik pada cerita komuter tadi, Sampai jer Syah di KTM Rawang, Syah nampak shuttle bus berderet depan KTM dan sah ada masalah nie. Rupa-rupanya betul ada masalah dan kami semua terpaksa naik bas ke Stesyen Sungai Buluh untuk ke distanasi seterusnya. Mana yang tak ada tiket kena beli dahulu baru naik bas dan mana guna touch and go staff KTM bawa alat tu depan shuttle bas untuk dicaj. Tak kisahlah itew, tetapi KTM mengambil langkah yang positif dan membanggakan dengan menyediakan perkhidmatan shuttle dan tak ada masalahpun perjalanan kami cuma lambat sedikit tu biasalah. Tak pasti apa masalahnya tetapi dengarnya malam nie baru beroperasi semula. Ok gtg sehingga berjumpa lagi dilain entry.

Sultan Selangor Sampaikan Watikah Pengurniaan Status Diraja kepada Institut Juruukur Malaysia

15.09.2011, Khamis - Malam tadi Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenaan menghadiri majlis makan malam sempena ulang tahun ke-50 Institut Juruukur Malaysia dan seterusnya menyampaikan watikah rasmi pengurniaan status diraja kepada institut berkenaan yang sekarang dikenali sebagai Institut Juruukur Diraja Malaysia atau singkatannya RISM. Status diraja institut berkenaan telah dikurniakan kepada RISM pada 28.03.2011 lepas. Watikah berkenaan disampaikan sendiri oleh Tuanku Sultan Selangor kepada Presiden RISM, Ahmad Fauzi sempena majlis makan malam ini. Dalam majlis ini juga RISM telah menganugerahkan "Malaysian Surveyor of the Year" kepada Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) Profesor Datuk Dr Abdul Kadir Talib. Dalam majlis ini juga baginda telah diberi penghormatan untuk memotong kek dua tingkat sempena ulangthun ke-50 RISM.

- Gambar dari Bernama

Wednesday, September 14, 2011

New Place New Envoirnment

14.09.2011, Rabu - Haaa ...............nie lah cubical baru Syah, Syah pindah tempat kerana ada group baru masuk office Syah dan terpaksa rearrange kedudukan masing-masing. Ambil gambar pinjam kamera Rohizad dan sebenarnya tengah kusut fikiran dan mukapun nampak selekeh menguruskan payment SL1M yang harus dibayar pada 26.09.2011 dan means kena hantar minggu nie juga dan my boss belum sign lagi kerana tak masuk office hari nie. Jumaat pula dah Public Holiday sambutan Kemerdekaan Ke-54. Insyallah esok mengadap dia minta tandatangan secepat mungkin. Heeheheheh sian boss Syah kerana sedang menunggu hari untuk bersalin 1st babynya. Shukur Alhamdulillah petang nie jam 17:02hrs telefon Syah telah siap dipasang semula dan boleh digunakan. Since Jumaat lepas tak ada talian kerana proses perpindahan nie.
Sebenarnya Syah kena duduk belakang Boss Syah Dik Noor. Kerusi yang ada baju biru tu meja my boss dan kerusi di sebelah kiri tu meja Syah. Sekarang nie kami terpaksa menghias pejabat dengan bendera Malaysia sempena sambutan hari Kemerdekaan Malaysia. So Syahpun decoratelah sket cubical kami yang Syah setakat yang mampu dan letakkan bendera yang disupplykan oleh TM. Lepas tu Syah letkkan cereta pendik bergambar mengenai kemerdekaan Negara bermula dari Rombongan Tunku ke London hingga Pengistiharaan Kemerdekaan di Stadium Merdeka pada 31.08.1957 dan juga cerita ringkas mengenai Jalur Gemilang dan penciptanya. Saja-saja suka suki. Hahahahhaha

Buku Sejarah Adat Istiadat DiRaja Johor

14.09.2011, Rabu - Buku Sejarah Adat Istiadat DiRaja Johor telah dilancarkan semalam oleh Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Baharu. Buku ini menceritakan mengenai adat istiadat Kesultanan Johor dimana para pembaca boleh mengetahui mengenai asal usul adat istiadat istana Johor yang tekenal dengan keunikannya semenjak Zaman Temenggung hingga kehari ini. Buku ini juga mengenenghkan beberapa aspek evolusi sejarah dan kebudayaan ikon johor seperti pakaian baju Melayu Teluk Belanga, Askar Timbalan Setia Negara, Lagu Bangsa Johor dan Mahkota Kerajaan.

Buku ini juga melatari kemajuan ekonomi Johor yang bermula dengan lada hitam dan gambir yang menjadi rebutan pedagang antarabangsa dimana Almarhum Sultan Abu Bakar mengabadikan kedua-dua hasil pertanian ini sebagai simbol kemajuan Johor di semua peralatan istiadat istana, persuratan, dokumen dan lain-lain. Buku setebal 295 mukasurat ini diterbitkan oleh Penerbitan UTM Press dan boleh didapati dengan harga RM180.00 senaskah. Ianya dihasilkan oleh Dato’ Abdul Rahim Ramli, Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor dan juga merupakan karyawan tamu UTM mengambil masa lebih setahun untuk menghasilkan buku ini bermula dari pengumpulan bahan, menulis, menyunting dan proses mencetak.

Tentu anda tertanya-tanya dimana boleh memperolehi buku ini kan? Anda boleh membeli terus daripada daripada UTM Johor Baharu dengan menghubungi Puan Yati di talian 07 5536336 atau Pn Suriyani daripada UTM Kuala Lumpur ditalian 017 2267423 atau membeli secara online layari http://www.booksonline.my/. Penghantara ke pelanggan akan dikenakan caj. Anda juga boleh memperolehi buku ini dikedai-kedai MPH terpilih di Kuala Lumpur seperti MPH Midvalley atau datang terus ke MPH Distributor di Ground Floor Warehouse , Bangunan TH, No.5 Jalan Bersatu, Seksyen 13/4, Petaling Jaya. Buku ini juga boleh didapati di kiosk Senai Airport.

Tuesday, September 13, 2011

Minyak Wangi DiRaja

13.09.2011, Selasa - Kalau di Kelantan kita pernah mendengar nama Budu DiRaja dan Murtabak DiRaja tetapi hari ini di Johor, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melancarkan Minyak Wangi DiRaja Sultan Ibrahim 1 (S1) dan Sultan Ibrahum 2 (S2) dengan lambang Sultan Johor lagi ditengah-tengah botolnya. Minyak wangi ini diformulasikan oleh penyelidikan di Institut Pembangunan Bioproduk, Universiti Teknologi Malaysia dari sumber terpilih seperti minyak zaffran dari India dan minyak pati ambar dari Iran. harga tak pasti Syah berapa? Apa-apapun marilah kita beramai-ramai menyokong produk tempatan keluaran negara kita sendiri.

Majlis perasmian yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Baharu ini turut menyaksikan pelancaran bersama buku sejarah Adat Istiadat Diraja Johor serta pelancaran bangunan Institut Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia. Turut serta dalam majlis pelancaran ini adalah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dan Naib Canselor UTM. Prof Dato' Ir Dr Zaini Ujang.

Buku yang dihasilkan oleh Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor Dato’ Haji Abdul Rahim bin Ramli ini memaparkan adat-istiadat Kesultanan Johor dijual dengan harga RM180.00 dan didatangkan dalam 225 muka surat ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Buku ini juga memaparkan mengenai Baju Teluk Belanga, Askar Timbalan Setia Johor, Lagu Bangssa Johor dan Mahkota Kerajaan.

Tension Tulllllllllllllllll

13.09.2011, Selasa - Salam semua ........... nampak gayanya tak dapat update bloglah hari nie kerana pagi tadi Syah ada briefing mengenai 3rd quarter account closing sampai jam 12:45hrs. Sampai jer office banyak masalah terutamanya urusan bayaran untuk peserta Skim Latihan 1 Malaysia atau SL1M. Macam-macam hal dan ada yang tak dapat payment lagi kerana masalah yang akan disemak sebentar lagi, tak tau napeeeeeeeeeeeeeee, geramnya. Tiba-tiba jer ada senarai nama peserta yang stay di hostel Training Center kami dan terpaksa ditolak semula elaunnya dan buat yang form baru pula. My Boss suruh tulis tangan jer tetapi malas nak buat kerja dua kali sebab Syah kena isi juga borang tu dalam format Syah untuk next payment. So Syah update sahaja form tu dan perint semula. Syah minta person incharge tu fowardkan Syah semula account detail peserta yang telah diupdate untuk Syah semak semula supaya tak jadi lagi kes-kes macam nie bulan depan........... Oklah sekarang waktu lunch dan kepala Syah sakit betul dan rasa nak muntah dengan masalah nie...... Heheheh ......tapi kata orang kalau tak ada masalah bukan kerja nama nya kan? Sehingga berjumpa lagi dilain Entry.............Insyallah.

Monday, September 12, 2011

Selamat Pagi Isnin

12.09.2011, Isnin - Salam semua apa khabar anda hari nie hopefully everything going to be ok ya? Pagi tadi Syah bangun tidur jam 05:05hrs dan macam biasa malas betul rasanya nak bangun tetapi harus dilawan perasaan yang nakal tu untuk kebaikan diri sendiri. Macam biasa urusan di bank kecil, mandi dan gosok baju seterusnya solat dan bersiap. Leka punya leka jam sudah hampir 06:20hrs dan sudah masa untuk buka pintu dan bersiap untuk tunggu bas tepi jalan Rawang Residence Syah.

Driver yang biasa tu hari nie bawa bas dan senang sedikit coz dia nie ikut masa yang ditetapkan tetapi suka cutilah plak, selalu dan bila cuti we all mesti masalah sedikit hehehehhe........... Sampai di jambatan Rawang Syah dah nampak komuter baru parking kat KTM dan dalam hati kata sempat nie kejar train tu. Bila bas berhenti Syah berlari dan touch kad touch & go tetapi baki kurang, Alamakkkkkkkkkk terpaksa beratur dan panjang plak tu dan dalam hati berdoa sempatlah Syah naik train nie. Doa Syah dimakbulkan dan dapat naik train tu.

Sampai KL Sentral jam 07:45hrs dan tiba di LRT Kerinchi jam 08:00hrs. Sampai office jer Syah lekatkan semula bendera Malaysia sempena Merdeka Celebration di cubical Syah dengan jarum peniti. Syah gunakan masking tapi tetapi benderannya asik jatuh jer, so bawa jarum peniti dari rumah. Jam 09:00hrs nanti ada appointment dengan fisio dan dah dua minggu skip fisioterapi. Ok sehingga berjumpa lagi dilain Entry.

Sunday, September 11, 2011

Majlis Perjumpaan Waris Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II

Sebahagian daripada penganjur majlis ini, dari kiri Raja Meriam, Raja Zuhairi, Raja Azura dan Megat Samsuar. Raja Meriam kelihatan memegang buku Menjejak Salasilah Almarhum Sultan Abdullah Muhammad Shah II yang dikumpul dan disusun oleh Raja Nur Jannah. Buku ini belum siap sepenuhnya.

11.09.2011, Ahad - Pada 01.09.2011 lepas telah diadakan buat julung-julung kalinya Majlis Perjumpaan Waris Almarhum Paduka Seri Sultan Abdullah Muhammad Shah II ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Ja’afar Safiuddin Mu’adzam Shah, Sultan Perak Ke-26 yang memerintah dari tahun 1874-1877 di Hotel Syuen, Jalan Sultan Abdul Jalil, Ipoh, Perak. Almarhum mangkat pada 22.12.1922 dan bukanlah merupakan satu tugas mudah untuk mengumpulkan keturunan Almarhum selepas 89 tahun kemangkatan Almarhum dengan meninggalkan keturunan daripada enam orang isteri Almarhum iaitu isteri pertama Raja Tipah Raja Ngah Putra, isteri kedua Cik Rasiah, isteri ketiga Cik Wan Nursiya, isteri keempat Cik Itam Toh Kota, isteri kelima Cik Rokiah Amaluddin dan isteri keenam Cik Rafeah Busu.

Walau bagaimanapun berkat kerja keras dan usaha gigih beberapa orang kerabat Almarhum yang diketuai oleh Raja Azura Raja Jaafar dan suaminya Raja Zaharruddin Raja Dato’ Seri Lope Abdul Rashid serta dibantu oleh Raja Zuhairi Raja Jaafar, Raja Mariam Raja Mohd, Raja Nur Jannah Raja Hidran, Megat Samsuar Aznil dan lain-lain telah berjaya mengumpulkan seramai 300 orang keturunan Almarhun dari Generasi ke-2 hingga Ke-5 bukan sahaja dari seluruh Malaysia tetapi juga dari Sumetra, Indonesia. Untuk memastikan majlis ini berjalan lancar pihak penganjur telah memaklumkan perkara ini kepada waris-waris melalui facebook dan dalam segmen Malaysia Hari Ini di TV3. Aktiviti yang dijalankan sepanjang majlis ini adalah pameran mini riwayat Sultan Abdullah, persembahan klip video sejarah kehidupan Sultan Abdullah, dan persembahan bakat daripada waris-waris yang hadir.

Tetamu kehormat dalam majlis ini adalah Yang Teramat Mulia Raja Kecil Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Dato’ Seri Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A’fifullah Shah dan isteri Yang Teramat Mulia Tunku Dato’ Seri Soraya bt. Sultan Abdul Halim.

Tak Kemana-Mana Pun Pagi Nie

11.09.2011, Ahad - Pagi tadi cuaca mendung dan Syah ingatkan hendak hujan tetapi sekarang jam 12:05hrs dan cuaca panas terik pula lalu Syah jemurkan semula kain semalam yang tak berapa garing keringnya.Imbang Penuh Rasanya hari nie tak kemanapun dan macam semalam gak stay alone @ Rawang Residence. Orangpun tak datang ke rumah dan nak kata boring taklah sangat dah kita kat rumah sendirikan..............heheheh. Lunch nie Syah ambil Herbalife jer dan panaskan kari ayam pekat semalam dan mungkin petang nanti makan dengan roti kot. Ok lah tu sahaja aktivit pagi nie dan tak taulah nanti petang macam mana tengok keadaan dan rasanya malas nak kuar.

Ingin Mencari Perancang Majlis Untuk Pertunangan dan Perkahwinan ? - Issyaz Wedding Enterprise Boleh Membantu Anda

11.09.2011, Ahad - Pagi tadi Syah menerima gambar Pelamin Pertunangan dari Issyaz Wedding Enterprise untuk majlis pertunangan pelanggan mereka malam tadi seperti photo diatas. Kepada anda semua yang berada disekitar Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka yang ingin melangsungkan majlis perkahwinan atau pertunangan, Isyaz Wedding Enterprise sebagai pakar perancangan perkahwinan amat berbesar hati menawarkan beberapa pakej promosi istemewa untuk bakal raja sehari merealisasikan impian hari bahagia anda. Untuk keterangan lanjut berhubung promosi dan perkhidmatan yang ditawarkan, anda boleh menghubungi Isz - 013 435 9383 dan Syaz - 019 260 5077 atau layari page Issyaz Wedding Enterprise di laman sesawang berikut :-

http://www.facebook.com/pages/Issyaz-Wedding-Enterprise/108592945882897?ref=ts&sk=wall

Saturday, September 10, 2011

Majlis Graduasi Princess Beatrice Dihadiri Oleh Kedua Orang Tuannya

10.09.2011, Sabtu - Majlis Graduasi tak lengkap jika tidak meraikannya bersama-sama orang tersayang terutamanya kedua Ibu dan bapa. Begitulah yang dialami oleh cucunda Baginda Queen Elizabeth II, Princess Beatrice dimana majlis graduasinya di Goldsmiths, University of London semalam turut dihadiri oleh bapanya Prince Andrew dan ibunya Sarah Ferguson walaupun keduanya telah bercerai. Princess Beatric kelihatan begitu gembira, manakala bondanya yang memakai bracelet emas dengan ukiran nama anak-anaknya dilihat berasa sebak dan menangis apabila Princess Beatrice memeluk beliau.

Dalam Twitternya, Sarah memaklumkan "Beatrice graduating today from Goldsmiths....... So proud of her achievement. As all mothers/parents are, well done ....All graduates. Princess Beatric berusia 23 tahun merupakan waris kelima tahta Britain dan ketika berusia tujuh tahun beliau didapati mengalami dyslexia iaitu keadaan tidak dapat membaca kerana kesukaran membezakan bentuk huruf. Sehubungan dengan itu beliau terpaksa diberikan kelas tambahan khas bagi membantunya membaca dan menulis.

Ketupat Plastik dan Ayam Masak Kari Pekat

10.09.2011, Sabtu - Pagi tadi hujan tetapi Syah keluar juga ke Pekan Rawang untuk beli Ayam dan bahan-bahan nak buat Kari Ayam Pekat. Kari Ayam Pekat nie rasanya macam rendang juga tetapi ianya agak basah. Syah beli 1/2 ekor ayam sahaja sebab yang nak makannya syah seorang jer dan beli ketupat plastik. syah juga beli sedikit sayur dan lepas tu beli meehon goreng serta char koy dan kemudiannya makan di kedai mamak dengan order milo panas. Lepas makan terus ke bas stand dalam hujan renyai-renyai.

Sampai Rawang Residence Syah kemas bahagian depan rumah dan berus tembok pagar yang sudah berkulat tu. Hampir Zohor baru Syah masak ketupat tetapi mungkin terlalu lama Syah masak plastik tu banyak yang pecah tapi bolehlah makan jugak. Sepatutnya jika ikut instruction 45 minit tetapi Syah biarkan lama sangat atas periuk. Lepas tu baru Syah masak kari tadi tapi sebelum tu Syah jemur kain yang Syah basuh sebelum ke Pekan Rawang tadi. . Semasa memasak, jiran belakang rumah Syah buat renovation besarkan dapurnya. Lepas masak Syah makan kemudiannya solat Zohor.

Akhirnya dapat juga makan ketupat dan Kari Ayam Pekat sekembali dari kampung , dah lama mengidap sebenonya dan tak ada plak gi mana-mana open house kat Rawang mahupun KL. AEL tak ada dirumah kerana Azrin sewa untuk bawa pelaminnya kerumah pelanggan. Petang semalam dia call Syah hendak ambil kereta dan letakkan RM50.00 atas meja makan Syah. Tak silap malam nie dia akan pulangkan kereta tu. Oklah sehungga berjumpa lagi dilain entry...............

Friday, September 9, 2011

DYMM Raja Zarith Rasmikan Buku Historical Fact and Fiction

09.09.2011, Jumaat - Hari ini Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith telah berkenaan menghadiri Majlis Pelancaran Buku "Historical Fact and Fiction" di Dewan UTM International Campus, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Tuanku yang juga merupakan Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah merasmikan pelancaran buku tersebut. Turut serta dalam majlis ini adalah penulis buku berkenaan Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Naib Canselor UTM, Datuk Prof. Ir. Dr Zaini Ujang. Gambar menunjukkan Tan Sri Prof. Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas menerangkan mengenai buku berkenaan kepada Tuanku sambil diperhatikan oleh Datuk Seri Mohamad Khaled dan Datuk Prof. Ir. Dr Ziani (kanan sekali).
- Gambar dari Bernama

Archduke Felix Hasburg Meninggal Dunia Dalam Usia 95 Tahun

09.09.2011, Jumaat – Dukacita dimaklumkan bahawa Archduke Felix Hasburg yang merupakan zuriat kepada bekas Emperor and Empress Austria yang terakhir telah meninggal dunia pada Selasa lepas bersamaan 06.09.2011 dalam usia 95 tahun di San Angel, Mexcio. Dua bulan sebelum ini saudara lelakinya telah meningal dunia. Mendiang merupakan putera ke-3 daripada empat orang anakanda Emperor Karl dan Empress Zita. Mendiang diputerakan di Vienna pada 1916 dan mengikut kedua ayahanda dan bondanya hidup dalam buangan semenjak berusia tiga tahun selepas sistem monarki di Austria dimansuhkan pada 1919. Beliau sebelum ini merupakan seorang banker di Mexcio.

Mendiang berkahwin dengan Anna-Eugénie, née Princess of Arenberg pada 1952 dan hasil daripada perkahwinan ini, mendiang dikurniakan dengan tujuh orang cahayamata Archduchess Maria del Pilar, Archduke Carl Philipp, Archduchess Kinga, the late Archduke Raimund, Archduchess Myriam, Archduke István dan Archduchess Viridis. Apabila saudaranya Otto meninggal dunia pada July lepas, mendiang terlalu uzur untuk menghadiri istiadat pengkebumiannya. Buat masa ini tidak diketahui samada mendiang akan dikebumikan mengikut adat istiadat diraja ataupun tidak.

Pindah Workstation

09.09.2011, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua dan apa khabar anda hari ini. Semalam dan pagi nie Syah pindah workstation ke tempat baru di floor yang sama. Sorry tak dapat nak share pic sebab kamera ada di KL Residence coz my brother Muss nak pakai. Memang busy dan semalam sampai rumahpun sudah jam 21:00hrs dan letih sangat reasanya terus Syah tertidur.

Shukur Alhamdulillah everything berjalan lancar - sambungan internet, online printer dan scanner tak perlu dibuat setting semula dan boleh teruskan kerja seperti biasa cuma SAP Password jer pagi tadi ada masalah dan dan ok minta mereka tukarkan password baru. Pagi nie office Syah sibuk distributekan bendera untuk sambutan kemerdekaan dan kami diminta menghias tempat masing-masing dan pejabat dengan jalur gemilang.

Ok sekarang Syah nak ke surau untuk solat Jumaat. Sehingga berjumpa lagi dilain entry.......................

Thursday, September 8, 2011

Sakit Perut Tiba-iba

08.09.2011, Khamis - Sekarang jam 00:40hrs dan perut Syah pula tiba-tiba sakit tetapi tak pula nak buang air besar. Since pagi tadi Syah belum buang air besar lagi macam nak sembelit plak. Tak tahulah mengapa. Baru sebentar tadi chat dengan my sister Kak Long Zainab dan dia nasihatkan Syah supaya jangan berdiet sangat dan minta Syah balik ke KL Residence kerana ada Muss disana dan di Rawang Syah Alone. Heheheh..... tengoklan cam mana yer kak Long?

Prince Hishaito Berusia Lima Tahun

08.09.2011, Khamis – Pada hari Selasa lepas bersamaan 05.09.2011 merupakan ulangtahun ke-5 kelahiran Prince Hisahito yang merupakan pewaris tahta ketiga Tahta Bunga kekwa (Jepun) selepas Putera Mahkota Naruhita dan ayahandanya sendiri Prince Akishino yang merupakan putera kepada Maharaja Akihito. Beliau menjadi pewaris ketiga setelah Putera Makota tidak mempunyai anak lelaki. Beliau belajar di sebuah sekolah tadika yang menjadi ahli gabungan Universiti Ochanomizu, Tokyo.

Agensi Istana Diraja dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Prince Hishaito begitu berminat terhadap serangga dan kenderaan. Menurut Agensi berkenaan, baru-baru ini Prince Hishaito telah menghadiri lawatan berkumpulan ke Taman Shinjuku Gyeon, Tokyo dan beliau dilihat mengumpulkan kekacang dan memanjat pokok untuk mencari serangga. Manakala ketika di rumah beliau lebih suka melihat buku-buku mengenai serangga dan ikan bersama-sama Ayahandanya.

Prince Hishaito juga kerap menemankan bondanya mengadap nendanya Maharaja Akihito dan Maharani Michiko dan dalam masa yang sama beliau selalu menikmati keindahan alam semulajadi bersama nendanya. Beliau juga membela ulat sutera yang dihadiahkan oleh nendanya Maharani Michiko. Pada Ogos lepas Prince Akishino dilihat telah mengikuti latihan kecemasan bencana alam dan sempat menaiki kereta bomba dan juga ke muzium bagi melihat enjen kereta bomba di muzium berkenaan.

Selamat menyambut ulangtahun tahun Ke-5 Prince Hishaito.

Nota : Gambar terbaru Prince Hishaito dan Prince Akishino - gambar dari The Imperial Household Agency of Japan

Wednesday, September 7, 2011

Tak Sihat

07.09.2011, Rabu - Hari nie Syah tak kerja sebab tak sihat dan stay dirumah cuma ke Pekan Rawang sekejap naik bas beli keperluan dapur. Petang tadi sempat sapu sampah depan rumah dan sembang dengan Loi jiran Syah pasal renovation rumah. Masa ke Bandar pagi tadi Syah makan Nasi Goreng, Telur Mata dan Ayam Goreng serta Milo Panas. Tengahari tak lunch dan malam nie Syah buat Cucur Bawang Ikan Bilis yang Syah campurkan dengan ketulan tahu. Resipi ciptaan sendiri dan memang kenyang dan macam nak muntah lak.........minuman pula Milo ICe kotak. Tu jer lah aktiviti hari nie...................... sehingga berjumpa lagi dilain entry, Selamat Malam Semua.

Tuanku Muhriz Melawat Pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2011

07.09.2011, Rabu - Hari ini Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan meluangkan masa melawat Pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba baginda berdua telah disambut oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Pameran yang bermula hari ini akan diadakan selama tiga hari dan berakhir pada 10.09.2011.Dalam lawatan ini Tuanku Muhriz telah dibawa menaiki buggy yang dipandu sendiri oleh Datuk Peter mengelilingi kawasan pameran. Baginda juga telah diberi penerangan oleh Pengerusi Micro Bio Culture (M) Sdn Bhd, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor mengenai pameran ini. Baginda juga telah berkenan mendengar penerangan berhubung Glass Coating bagi mengurangkan kepanasan oleh kakitangan Syarikat Fuminn, Junko Fukuda.

Gambar dari Bernama

Tengku Ismail @ Tengku Bongsu Machang Mangkat hari Ini


Al-Fatihah

Almarhum Tengku Ismail (Tengku Bongsu Machang) ibni Tengku Puteh Jantan

07.09.2011, Rabu - Innaa Ilayhi Wa Innaa Ilayhi Raaji'oon Dukacita Dimaklumkan Ayahanda kepada Yang Mulia Tengku Yang Dipertua Persatuan Kerabat Long Gaffar Kelantan telah mangkat pada pagi ini 07.09.2011 bersamaan 09 Syawal 1432H. Almarhum Tengku Ismail (Tengku Bongsu Machang) ibni Tengku Puteh Jantan ibni Tengku Chik Leper ibni Long Jenal ibni Long Gaffar mangkat dalam usia 110 tahun kerana gering tua (sakit tua) pada jam 10:00hrs tadi dirumah Almarhum di Machang. Jenazah dan akan dikebumikan Insyallah pada malam ini di Tanah Perkuburan Bakat, Machang. Syah sempat menghubungi YM Tengku Yang Di Pertua sebentar tadi untuk mengucapkan takziah kepada beliau dan keluarga atas kemangkatan Ayahanda beliau.

PERTUBUHAN KERABAT LONG GAFFAR KELANTAN atau singkatannya PKLGK telah ditubuh dan didaftarkan pada tahun 1987 (782/87). Tujuannya adalah bagi menghimpunkan seluruh kaum kerabat keturunan Long Gaffar dan menjaga kebajikan mereka. YM Tengku Yang Di Pertua PKLGK sekarang adalah Yang Mulia Dr. Tengku Ibrahim Tengku Ismail.

Al-Fatihah ......... Semuga Roh Almarhum Tengku Ismail Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. Amin.

Tuesday, September 6, 2011

Tertinggal Dompet

06.09.2011, Selasa - Petang tadi masa dalam Bas Metro Syah nak bayar tambang dan tiba-tiba cari dompet tak ada rupa-rupanya baru teringat tertinggal kat office dan waktu tu jam hampir 18:00hrs. Terpaksalah dengan tensionya balik semula ke pejabat tetapi Syah cuba tenangkan diri dan said to myself "terimajer lah keadaan nie Syah dah takdir nak jadi macam tu" Ialah nak marahpun buat apa salah sendiri yang careless.

sebenarnya pagi tadi syah ke Citibank bayar hutang credit card dan Syah tak suka letak dompet dalam saku seluar lalu Syah letakkan dalam document case - beg duit, cermin mata dan handphone. Bila balik semula kepejabat Syah tak masukkan semula dompet tu dalam beg sandang tu yang lupa tu. On the way ke office Syah beli mineral water dan ikan bilis bun yang syah makan dalam LRT dan sebelum tu makan supplement lutu dahulu.

Naik naik bas alamatnya lambatlah dan Syah buat decision naik komuter jer dan sampai KTM Rawang jam 20:00hrs dan ada setengah jam lagi last bas ke Rawang Residence. So Syah ke toilet dahulu baru ke bas stop. Hari nie driver ganti lagi dan keadaan basnya banyak seat tetapi sempit sebab jarak antara seat dekat sangat. Jam 21:00hrs baru Syah sampai ke Rawang Residence. Sekarang jam 23:00hrs dan rasa lapar sebenarnya sebab kat Rawang Residence Syah tak ada makanan segera. Try to call McD Delivery tetapi katanya area Rawang Residence Syah mereka tak uat penghantara.

Agaknya mereka takut nak hantar sebab kawasan nie kiranya ala-ala kawasan hitam banyak rompakan rumah dan ada kes tahun lepas ada orang mati kena bunuh dalam van kat area Syah nie dan ada kes samun dan mangsa ditembak dikaki. Macam-macamlah kawasan nie scarykannnnnnnnnn kadangkala malam-malam dengar siren polis............. maknanya adalah sesuatu berlaku tu. Kawasan nie banyak orang India tapi mereka jarang kacau orang Melayu atau Cina. Insyallah Syah selamat di sini dan sentiasa berdoa agar keselamatan kami di Rawang Residence dilindungi Allah S.W.T.

Raja Perempuan Perlis Melawat Keluarga Allahyarham Noramfaizul

06.09.2011, Selasa - Kepemergian Jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul yang terbunuh pada Jumaat lepas akibat tembakan curi sehari sebelum Allahyarham dan rombongan dijangka kembali semula ke Malaysia daripada Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia di Somalia telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasukkan rakyat Malaysia, Kerajaan, ahli politik dan raja-raja. Shukur Alhamdulilah Allahyarham mendapat penghormatan negara dan disanjung sebagai wira negara. Kebajikan keluarga Allahyarham juga terjamin dengan pelbagai bantuan yang diterima dari semua pihak. Semalam Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan rombongan diraja Perlis telah mencemar duli melawat keluarga Allahyarham di rumah bapanya di Taman Serdang Jaya.

Tuanku Raja Perempuan Perlis mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Norazrina Jaafar dan keluarga atas kepemergian Allahyarham. Baginda juga sempat mendengar cerita daripada ibu Allahyarham, Naemah Abd Majid (63 tahun) mengenai Allahyarham serta beramah mesra dengan anak-anak Allahyarham iaitu Mohd Irfan (9 tahun) dan Mohd Naufal(3 tahun). Tahniah diucapkan kepada Raja Perempuan Perlis yang berjiwa rakyat atas keperihatinan yang ditunjukkan kepada keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah...... Semuga Roh Allahyarham Noramfaizul Mohd Nur di Tempatkan Bersama-sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN

Gambar diambil daripada Bernama

Sultan Selangor Menerima Mengadap Laksamana Muda Craig Faller

06.09.2011, Selasa - Pagi tadi Sultan Selangor, DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenaan menerima mengadap rombongan dari Kumpulan Serangan Kapal Pengangkut Tiga atau Carrier Strike Group 3, Tentera Laut Amerika Syarikat di Istana Alam Shah, Klang, Selangor. Rombongan ini diketuai oleh Komendarnya, Laksamana Muda (Rear Admiral) Craig Faller yang berada di Malaysia bersama rombongannya semenjak 04.09.2011 lepas untuk lawatan rasmi. Gambar daripada Bernama ini menunjukkan beliau menerangkan mengenai koleksi topi kapal-kapal perang Tentera Laut Amerika kepada Tuanku Sultan Selangor.

Monday, September 5, 2011

Syah Tak Sihat

05.09.2011, Isnin = Salam semua, sekarang Syah di Rawang Residence dan Syah bertolak dari KL Residence jam 13:00hrs tadi dan sampai Bandar Rawang jam 15:30hrs dan ada masalah bas ke Rawang Residence terpaksa tunggu sehingga jam 17:30hrs baru ada. On the way ke bas stand Syah beli Mc Donald dan buah nenas di bas stop Metro dan kacang goreng kat bas stand. Pemandu bas ke Rawang Residence tu rupanya driver ganti dan alasannya bas rosak. Semenjak tiba dirumah tadi Syah tak sihat dan sakit kepala hingga sekarang dan badan Syah rasa lemah. So sorry Syah tak dapat update blog macam biasa. Esok Insyallah kita berjumpa lagi. Maaf yer.................

MIMPI Lif Jatuh

05.09.2011, Isnin - Salam semua .............. apa khabar dan selamat bertugas kepada yang memulakan tugasnya pada hari nie setelah sekian lama bercuti raya. Pagi tadi Syah tak ingat jam berapa tetapi dah subuh rasanya Syah bermimpi. Rasanya seperti Syah dan ada tiga orang lagi dalam sebuah lif. Tiba-tiba lantai lif dibahagian tengah tu runtuh dan Syah nampak macam ada troli dan barang-barang jatuh kebawah. Rasanya macam lif kat office Syah sebab lif kat office Syah tu double dacker atau dua tingkat. Dalam hati kata kena kot orang kat bawah. Kami semua selamat kerana yang roboh bahagian tengah dan kami semuanya berada dibahagian dinding lif. Rasanya macam Syah dari atas dan lif tu turun kebawah. Tadi kan Syah kata Syah berempat, tetapi rasanya bila lif turun Syah rasa macam tak ada orang lain pula. Bila lif berhenti di next floor Syah ingat nak keluar tetapi ruangan lif sempit dan Syah masuk semula dan lif turun laju kebawah. Syah berdiri ditepi dinding lif dan macam tak ada dinding pula lif tu sebab Syah hampir tergelincir macam nak jatuh kebawah macam terasa kaki Syah betul-betul tepi lif yang tak berdinding tu macam nak tergelincir dan dengan lif yang meluncur laju tetapi insyallah tak terjatuh dan selamat sampai ke bawah.

Syah macam nak sms orang-orang yang sama-sama Syah tu untuk inform mereka supaya turun kat bawah jer tetapi rasanya macam Syah seorang tetapi yang lain kat mana Syah tak ingat. Bila Syah sampai kat bawah, Syah cari orang-orang maintenance untuk inform perkara nie. Adalah Syah jumpa beberapa orang tetapi Syah tak ingat dan lepas tu terjaga. Ya Allah mimpi rupanya dan terus Syah berdoa supaya Syah dan keluarga selamat dari sebarang bahaya. Selepas ke bilik air Syah solat Subuh dan berdoa lagi supaya Syah, Keluarga dan Orang-Orang Yang Rapat Dengan Syah Supaya Selamat Daripada Sebarang Bencana.

Sudah tiga hari Syah tak buang air besar dan mungkin nak ke kelinik hari nie dan hari nie rasanya Syah cuti lagilah................ Lately bahagian dalam telinga Syah rasa macam gatal dan ada kalanya macam tersumbat tak dengar tetapi ok semula. Adalah sekali dua terjadi macam nie. Ok semua hingga berjumpa lagi dilain Entry doakan keselamatan Syah dan keluarga yer.

Sunday, September 4, 2011

Ziarah ke Tanah Perkuburan Islam Danau Kota

04.09.2011, Ahad - Semenjak semalam Syah tak gimana-mana dan rasa boring duduk rumah. Lepas solat Asar tadi hujan dan kemudiannya berhenti. Macam sejuk jer cuaca lalu Syah ambil keputusan keluar tapi kat area sini-sini jer. Fikir punya fikir Syah gi ziarah kubur di Tanah Perkuburan Islam Danau Kota dekat denga rumah Syah. Saja nak tinjau kubur Mahyun Ismail samada sudah ada binaan atau tidak. Sampai jer Syah tengok belum ada binaannya lagi. Selepas sedekahkan Alfatihah kepada ahli-ahli kubur Syah jalan-jalan dalam kawasan tanah perkuburan tu sambil ambil gambar-gambar kubur yang Syah fikir lain sedikit.

Macam-macam bentuk binaan kuburnya ada yang diperbuat daripada kayu, simen, batu, batu mamar, mozek dan granite dengan pelbagai warna, merah, hijau, biru, kuning, kelabu dan lain-lain. Ada juga yang diletakkan batu sahaja sebagai tanda. Kalau nak tengok gambar-gambar selebihnya boleh ke facebook Syah. Syah memang suka melawat kubur terutamanya Makam Diraja. Syah suka melihat struktur binaan dan design makam atau kubur dan secara tak langsung mengingatkan Syah mengenai kematian yang akan datang menjemput kita tak kira masa dan waktu. Bila kita melihat kubur/makam, secara automatik kita akan terfikir sejauh mana amalan kita untuk menghadap Pencipta Yang Maha Esa untuk menempah tiket supaya ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Adalah sejam lebih Syah ronda-ronda dalam tanah perkuburan dan ada juga orang yang confuse tengok apa yang Syah buat tetapi Syah buat biasa jer......Hehehhehe. Dari tanah perkuburan Syah jalan kaki balik KL Residence tetapi singgah kedai Mamak minum Milo Ice jap. Masa kat restoran dah Azan Maghrib lalu Syah balik ke KL Residence. Malam nie Syah makan kuih raya jer tetapi rasa lapo dan Syah buat Mee segera. On the way balik Muss inform tidur ruman Kak Ngah Faziah lagi sebab Kak Ngah nak tolong dia masak untuk kawan-kawan dia datang rumah esok. Confuse gak sebab semalam katanya Kak Ngah nak buat sambal untuk nasi lemak tetapi bila dia balik pagi tadi tak adapun sambalnya pun. Hemmm tak perlah biar je lah malas nak fikir.Malam nie dengan kucing-kicing lagilah jawapnya...... hahahahahah

Lunch @ KL Residence

Nasi Puteh, Ikan Bilis dan Sardin

04.09.2011, Ahad - Sekarang jam 16:09hrs dan Syah tak kemanapun since pagi tadi, tak tau lah lepas Asar nanti kalau nak keluar plak. Muss dan Cd ke rumah Kak Ngah Faziah lagi tengahari tadi. Lunch tadi Syah makan dan Syah tanak Nasi dan buat Goreng Ikan Bilis dan Sardin. Ikan bilis tu liat sket tak tau napa samada memang ikan tu liat atau Syah yang goreng tak ranggup. Heheheh apa-apapun semuanya habis. Syahpun risau gak semenjak dua hari Syah tak makan banyak hanya sekali jer sehari sebab perut rasa sebu dan dah dua hari tak buang air besar. Hem .....................m biasanya hari-hari Syah buang air besar. Nanti kalau jadi keluar karang Syah nak cari buah-buahan lah untuk lawaskan buang air besar. Ok semua sehingga berjumpa dilain entry. Byeeeeeeeeeeeeeeeee

Majlis Terbuka Istana Nurul Iman Meriah

Kelihatan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel yang merupakan Putera Bungsu Sultan Brunei bersama bekas isterinya, Azrinaz sedang bersalaman dengan para tetamu.


Para pengunjung menerima cenderahati daripada pihak Istana Nurul Iman sebagai kenang-kenangan sebelum meninggalkan majlis.


04.09.2011, Ahad - Istana Terbuka atau dikenali dengan pangilan Majlis Terbuka Istana Nurul Iman dan Majlis Menjunjung Ziarah yang dianjurkan oleh Istana Nurul Iman pada 01.09.2011 lepas merupakan majlis yang dinanti-nantikan setiap tahun dan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada warga Brunie tetapi kepada pelancung asing serta warga dari negara jirannya terdekatnya Sabah dan Sarawak. Pada sebelah paginya pihak Istana Nurul Iman menerima kunjungan seramai 22,946 tetamu manakala 13,203 orang pada sebelah petangnya yang menjadikan jumlah keseluruhan tetamu pada hari berkenaan adalah seramai 36,149 orang. Majlis ini diadakan setiap tahun dengan Hari Raya pertama dikhaskan untuk pembesar negara, orang kenamaan dan diplomatik asing sementara hari kedua hingga keempat dikhaskan untuk orang ramai.

Majlis Mengadap atau majlis junjung ziarah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan anggota kerabat diraja yang lain didahului oleh anggota berseragam dan diikuti oleh orang ramai. Hari ini merupakan peluang keemasan untuk orang ramai melihat sendiri dari dekat Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri dan anggota kerabat diraja yang lain. Sebenarnya bukan mudah bagi warga Brunei untuk melihat kerabat-kerabat diraja dari dekat walaupun dinegara mereka sendiri.

Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.

Turut berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan anggota kerabat diraja lain.

Sebelum menunggu giliran menjunjung ziarah, para tetamu akan terlebih dahulu menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak Istana. Setelah selesai menjunjung ziarah, para pengunjung telah diberi cenderamata kenangan sempena kunjungan mereka ke Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri.Majlis terbuka Istana Nurul Iman bermula seawal jam 10:00hrs hingga 12:00hrs manakala sesi sebelah petang bermula jam 14:00hrs hingga 16:00hrs.

HM King Juan Carlos Akan Menjalani Pembedahan Achilles Tendon

04.09.2011, Ahad - HM King Juan Carlos of Spain dilaporkan akan menjalani pembedahan Achilles Tendon pada sebelah kaki kiri baginda pada minggu hadapan. Tiga bulan sebelum ini baginda telah berjaya menjalani pembedahan dibahagian lututnya. Jurucakap Istana memaklumkan bahawa ini adalah pembedahan kecil dan baginda tidak perlu tinggal dihospital tetapi akan menjalani terapi pemulihan secara berkala. Sekumpulan doktor yang menjalankan pembedahan ini nanti merupakan kumpulan pakar yang sama membedah lutut baginda sebelum ini.

Beberapa tahun kebelakangan ini baginda mengalami sedikit masalah kesihatan dimana pada Mei 2010 baginda telah menjalani pembedahan membuang tumor pada paru-paru baginda. Begitu juga dengan pembedahan lutut baginda pada Jun lepas dan pembedahan kali ini tidaklah membahayakan kesihatan baginda. Tidak ada kenyataan rasmi berapa lama baginda akan berehat untuk terapi pemulihan tetapi semenjak kebelakangan baginda banyak memberi laluan kepada HRH Prince of Austrian mengambil alih sebahagian tugas-tugas rasmi baginda.

Klin link dibawah untuk Entry Syah berhubung pembedahan lutut baginda sebelum ini :-

Cari Satu Rumah Rupanya Dalam Sinki Melepak

04.09.2011, Ahad - Salam semua apa khabar mesti busy hari nie kan? dengan jemputan Rumah Terbuka atau menunggu saudara mara/kawan-kawan yang akan datang bertandang. Syah tak kemanapun beraya. Pagi tadi Syah basuh baju sendiri sebab sikit sangat, 2 helai baju, spenda (heheheh), towel dan seluar pendek dan malas nak guna mesin basuh. Ialah kan caj elektrik dan naik sekarang dan tak payahlah nak membazir.

Muss dan Cd baru balik jam 09:00hrs tadi tak silap Syah. Lepas jemur baju dan keluarkan pasir kucing dalam bilik Muss Syah kat dalam bilik jer sambil dengar radio dan mentenet. Nilah nak citer sket malam tadi Syah alone @ KL Residence dan tinggal bersama kucing-kucing Muss yang tiga ekor itew, Si Hamster, Noami dan Blackie.

Tiba-tiba terasa nak mencheking apa budak-budak hitam dua ekor si Noami dan Blackie buat. Nampak si ekor pendek tu ada dan yang panjang tu entah kemana. Cari satu rumah nie ingatkan dia terlepas keluar. Kalau lepas alamat jenuhlah nak mencarinya kerana mereka tak biasa kat luar coz jenis kucing manja dalam rumah jer tetapi kalau pintu terbuka macam lipas kudung nak berlari keluar dan lepas tu takut sebab tak biasa dengan keadaan diluar.

Akhirnya Syah terpandang dalam bilik air master bedroom Muss dan rupa-rupanya selonggok dia baring sambil mandi (menjilat bulunya) dalam sinki tu. Kat sini ropanya kau melepak yer................. Jenuh Syah carinya, Ish...Ish...Ish....

Saturday, September 3, 2011

Home Alone@ KL Residence

03.09.2011, Sabtu - Hari nie Syah tak kemanapun hanya duduk dirumah menonton Tv dan bloging serta mentenet. Muss dan Cd tidur di rumah Kak Ngah Faziah dan esok pagi baru balik ke KL Residence. Ingatkan selepas Asar tadi hendak jalan-jalan tetapi malas plak rasanya. Jam 19:00hrs tadi Syah buat Mee Segera campur Telur jer untuk dinner selepas ambil supplement lutut. Jap tadi rasa lapar dan Syah makan kek, karipap dan telur mata.

So dah tak ada apa nak buat kadang kala Syah ke ruang tamu main-main dan layan kerenah budak hitam dua ekor nie Noami dan Blackie. Kadangkala boleh bercakap lagi dengan dia orang macamlah dia faham apa yang Syah cakapkan. Tapi itulah kenyataannya. Manakala si Hamster ada dalam sangkarnya.

Cucunda Marhum Affifullah

Syed Ibrahim, Syed Idris, Syed Saifullah, Syed Iskandar dan Syed Redzuan - Gambar dari Mlaysian Tatler

03.09.2011, Sabtu - Tentunya kita semua tertanya-tanya siapakah gerangannya hero-hero Malaya nie kan? Mereka ini adalah putera-putera kepada Raja Puan Mahkota Perak, YAM Raja Nazatul Shima atau lebih dikenali dengan nama Ku Dotti. Ku Dotti merupakan anakanda perempuan kedua Sultan Perak ke-33 iaitu Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Perak. Hasil daripada perkahwinannya dengan YM Syed Omar bin Syed Ali AlSagoff pada 16.09.1972, beliau dikurniakan dengan enam orang putera iaitu Syed Ibrahim Alsagoff, Syed Idris Alsagoff, Syed Iskandar Alsagoff, Syed Saifullah Alsagoff dan Syed Redzuan Alsagoff. Manakala seorang lagi adalah Syed Shareef Alsagoff tiada dalam gambar kerana sedang menuntut di Hawai.

Noramfaizol, Jurukamera Bernama TV Meninggal Dunia di Somalia

Allahyarham Noramfaizol bin Mohd Nor - Gambar dari Bernama

03.09.2011, Sabtu - Dukacita dimaklumkan bahawa seorang jurukamera Bernama TV, Noramfaizol bin Mohd Nor berusia 39 tahun telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat bersamaan 02.09.2011 di Somalia. Allahyarham meninggal dunia selepas terkena tembakan curi.. Allahyarham berlepas ke Somalia pada 28.08.2011 lepas bersama-sama 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysa dan BAKTI. Mengikut jadual asal, Allahyarham dan rombongan sepatutnya dijangka tiba ke tanahair esok tetapi takdir menentukan segala-galanya.

Malam tadi Engku Imran yang merupakan suami kepada artis popular Erra Fazira yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV telah menziarahi keluarga Allahyarham untuk mengucapkan ucapan takziah kepada bapa Allahyarham, En Mohd Nor Mat Yasin dan keluarganya, di Taman Serdang Jaya. Allahyarham merupakan anak Sulung lelaki tunggal daripada enam orang adik beradik dan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak lelaki yang berusia lapan dan tiga tahun. Menurut isterinya, Norazrina Jaafar, tahun ini merupakan tahun kedua Allahyarham tidak berhari raya bersama keluarga kerana Allahyarham mengikuti misi kemanusia di Pakistan pada hari raya tahun lepas. beliau reda menerima ketentuan ini sebagai satu qada dan qadar yang telah ditentukan oleh S.W.T.

Kejadian ini berlaku ketika krew Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal dengan jarak satu kilometer selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran sekitar Mogadishu. Mereka seramai empat orang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan Allahyarham duduk dibahagian belakang sebelah kanan. Ketika kenderaan membelok kesebelah kiri untuk memasuki persimpangan asrama berlaku tembak menembak diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kenderaan mereka. Kejadian berlaku sekelip mata meyebabkan Allahyarham dan seorang jurukamera Tv3, Aji Saregar Mazlan tercedera. Allahyarham mendapat kecederaan dibahagian paru-parunya dimana peluru menusuk paru-parunya dan meninggal pada jam 18:00hrs waktu Somalia dan kira-kira jam 23:00hrs waktu Malaysia.

Jenazah akan dibawa pulang pada hari ini menggunakan pesawat Charlie C-130 bersama-sama anggota misi lainnya dan dijangka tiba ke Pengkalan Udara Diraja Malayia (TUDM) Subang jam 09:00hrs esok. Sebelum ini Allahyarham pernah mengikuti misi liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand bagi membantu mangsa bencana gempa bumi .

Al-Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor Semuga Allah Menempatkan Rohnya Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Susun Kuih Raya KL Residence



03.09.2011, Sabtu - Actually malam tadi Syah nak susun biskut raya tetapi ada bekas yang masih belum dibasuh dan Syah cuci dulu dan baru pagi nie Syah masukkan biskut-biskut dan kerepek tu dalam balang kuih dan display semuanya di ruang tamu. Balance biskut raya tu Syah suruh Muss simpan dalam bilik tidur Syah kerana dia macam pening kepala tengok dapurnya penuh dengan bekas biskut tu. Hehehhehe ...........

Memang tiap-tiap tahun beli banyak biskut dan kerepek tetapi bila musim raya habis banyak yang kena buang sebab tak habis. Nak buat macam mana kann? kalau tak beli nanti orang datang rumah beraya nak makan apa? Standardlah, jika ada raya mesti ada biskut atau biasanya kita panggil kuih raya dan kalau benda-benda nie tak ada macam tak sempurna rasanya.

Dinner @ Rasa Food Court KLCC

03.09.2011, Sabtu - Semalam Syah balik ke KL Residence dan semasa tunggu bas terjumpa dengan Fikri dan Syah tengok keadaannya semakin sembuh dari kemalangan jalan raya. Dia hendak kerumah kawannya diselayang. Syah keluar rumah selepas solat Asar. We all sama-sama naik bas ke Bandar Rawang dan kemudiannya Syah naik komuter untuk ke KL manakala Fikri naik bas.

Semenjak dari pagi Syah tak makan apa-apa cuma ambil Herbalife jer dan Syah singgah ke KLCC untuk makan Meehon Sup kegemaran Syah di Rasa Food Court di Aras 4, Suria KLCC. Meehon tu cajnya RM8.50 dan Syah kemudiannya beli Soyabean RM2.50. Lepas makan Syah lepak-lepak di Kinokuniya baca majalah dan buku percuma. Hampir jam 22:00hrs Syah bertolak balik ke KL Residence.

Friday, September 2, 2011

Prince Harry Berpesta Hingga Basah Kuyup

Prince Harry kelihatan basah kuyup ketika berpesta di Vernada Nite Club sehingga Pengurus pusat hiburan berkenaan memberikan beliau sehelai t-shirt putih untuk menggantikan baju yang basah itu, Pada mulanya orang ramai tidak mengenali lelaki yang basah kuyup, bertopi dan berkaki ayam itu adalah seorang Putera Raja. - gambar dari Mail Onlie.
















02.09.2011, Jumaat - Mail Online dalam keluaran 31 Ogos lepas melaporkan bahawa anak kedua Prince Charles dan Mendiang Princess Diana, Prince Harry yang berusia 26 tahun meninggalkan Kelab Malam Vernada bersama dua orang gadis tetapi sebelum itu beliau kelihatan bergembira dengan dikelilingi oleh beberapa orang wanita didalam kelab berkenaan. Prince Willian dikatakan begitu teruja berpesta di Vernada bersama kawan-kawannya. Beliau sebenarnya sedang bercuti di Crotia. Beliau kelihatan menari-nari ditebing kolam sebelum terjun kedalam kolam berkenaan dan dalam keadaan basah kuyup beliau naik semula keatas dan meneruskan tariannya. Sebenarnya pelanggan tidak dibenarkan memasuki kolam berkenaan atas sebab-sebab keselamatan dan diletakkan papan tanda dilarang masuk tetapi beliau dilihat keluar masuk ke kolam berkenaan dengan begitu gembira sekali tanpa dapat dihalang setelah identitinya dikenalpasti, sebaliknya pihak pengurusan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan agar beliau tidak tercedera.

Prince Harry sebenarnya cuba melupakan tabiat playboynya dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya dalam bidang ketenteraan tetapi nampaknya masih tidak berjaya. Baru-baru ini beliau baru sahaja mengakhiri hubungannya dengan model seluar dalam Florence Brudenell-Bruce (25 tahun). Beliau dikatakaan sampai dikelab berkenaan pada jam 02:00hrs selepas minum-minum vodka, whisky dan bear disebuah bar lain dikawasan berkenaan bersama kawan-kawannya. Ketibaan beliau bersama bakal model Ana Simovic, 23, and Svetlana Gavrilovic, 28 dan sahabatnya Tom Inskip tidak diumumkan secara rasmi dan tidak siapapun mengetahui kehadiran beliau. Semasa di kelab berkenan beberapa kakitangan bar tidak mengenali status diraja Prince Harry, sehingga mereka kebingungan apabila Prince Harry cuba memesan minuman beberapa kali tanpa mempunyai wang dan kemudiannya Pengawal Peribadi beliau memberikan beliau wang dan dia mencampakkanya ke kaunter bar sebagai bayaran.

Prince Harry sedang berehat daripada latihan helikopter tenteranya dan terbang ke Cortia menggunakan easyjet pada hari Sabtu dan tinggal dalam sebuah kapal layar sahabatnya berhampiran Hvar yang merupakan sebuah resort terkenal. Varnada merupakan sebuah rumah yang telah diubahsuai daripada sebuah gereja abad ke-16 yang boleh memuatkan 1000 tetamu dan merupakan sebuah distinasi terkenal untuk berhibur di Adriatic. Setelah mengetahui siapa beliau, Prince Harry telah disarankan untuk menggunakan kawasan VVIP tetapi menolak dan memilih ingin bersama-sama berhibur seperti orang biasa dikelab berkenaan bersama-sama teman-temannya. Setelah keluar dari Vernada beliau dikatakan mandi dahulu dipantai sebelum kembali ke kapal layar sahabatnya.

Salam Jumaat

02.09.2011, Jumaat - Salam Jumaat dan hari nie merupakan Jumaat Pertama di Bulan Syawal. Pejam celik pejam celik dah empat hari kita berhari raya dan banyak diantara kita sudah berhijrah semula ke Bandar untuk meneruskan rutin seharian kita seadanya. Tentunya kita akan sibuk menghadiri majlis rumah terbuka yang diadakan oleh kawan-kawan, jiran tetangga atau saudara mara dan masa nielah kita gunakan untuk berkumpul dan beramah mesra mengeratkan silaturrahim sesama keluarga dan rakan taulan.

Syah rasanya tak kemanapun dan mungkin banyak masa dirumah atau jalan-jalan window shopping ke ........... belum pasti lagi. Pagi nie sakit perut memulas-mulas tetapi sekarang dah beransur ok. Standard bulan Raya dan Isnin nie busy nak prepare payment untuk 150 orang tu kena prepare awal untuk bahagian akaun proses, mana yang problem tak dapat duitnya lagi kerana tersalah maklumat akaun, complain tak dapat payment sebelum Raya dan macam-macam yang sentiasa bermain difikiran, kata orang, kerja jangan difikirkan sangat, tak akan habis, memang betul ............. tetapi itulah kenyataan pada yang mengalaminya dan senang cakap pada yang tak merasa beban kerja tu.

Lepas tu nak kemas pindah cubical lagi dan terpaksa uruskan internet connection, setting printer online dan perlu call vendor, phone number dan banyak lagi yang take time untuk mereka uruskan bukan boleh siap dalam masa satu atau dua hari tetapi orang tak nampak yang mereka tahu pindah tempat tu mudah seperti kita menyebutnya. Pada masa yang sama kerja-kerja tu sebahagiannya perlu dibuat secara online. Heheheh apa-apapun hidup harus diteruskan, The Show Must Go on Babyyyyyyyyyyyyy........ Love U So Much TM.

Raja Azizan Suhaimi Bangkit Dari Kancah Najis Dadah

02.09.2011, Jumaat - Pagi nie Syah terbangun jam 05:20hrs kerana perut memulas dan selepas selesaikan tugas dibank Syah menonton TV3 yang memang terbuka semenjak malam tadi sebab Syah tertidur dan lupa nak tutup. Ada kisah mengenai seorang penagih dan pengedar dadah yang telah kembali kepangkal jalan dan sekarang menjadi seorang Pengurus di Cure and Care Service Center yang merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO. Beliau adalah Raja Azizan Suhaimi bin Raja Abdul Latiff . Syah menonton cerita nie hampir separuh dan sempat mendengar kisahnya yang menyedihkan.

Raja Azizan menjadi penagih dadah hampir 20 tahun. Penglibatan awalnya sebagai penagih sebagai hanya untuk cuba-cuba yang akhirnya menjerat diri sendiri menjadi sampah masyarakat. Dari penagih seterusnya sebagai pengedar. Menceritakan pengalamannya, Raja Azizan memaklumkan selepas 10 tahun menjadi penghuni lorong Chow Kit beliau telah berani menjual dadah secara terbuka kepada orang ramai. Menurut Raja Azizan pendapatan harinnya boleh menjangkau RM500.00 sehari dan pernah menjangkau puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan lebih tetapi katanya duit tu habis begitu sahaja kerana membeli dadah untuk bekalannya sendiri selain daripada di "paw" oleh penghuni-penghuni Chow Kit.

Pada Awalnya beliau merupakan seorang pelajar pintar dan pernah memasuki Maktab Perguruan kerana cita-citanya ingin menjadi pendidik bangsa tetapi tak kesampaian kerana penangan dadah dan bakal guru ini menghabiskan kehidupannya dibawah jambatan kotor dan lorong-lorong sampah sekitar Chow Kit yang menjadi Istana Syurga bagi beliau. Pada Hari Rayapun tempat-tempat tu juga yang diziarahnya untuk melepaskan gian. Raja Azizan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah dan pernah membakar pusat berkenaan yang mengikabatkan beliau dipenjara selama enam bulan hasil daripada kreativiti beliau yang innovatif tue.

Salah satu sebab beliau meninggalkan dunia gelap ini adalah kerana Ayahanda dan Bonda Raja Azizan selalu berjumpa beliau untuk menasihatkannya supaya kembali kepangkal jalan. TETAPI penyebab utamanya adalah apabila satu hari anak perempuannya menangis didepan beliau dan meminta supaya beliau meninggalkan dadah kerana tidak tahan dicaci dan dihina oleh kawan-kawan sebagai anak penagih najis dadah. Pada tahun 1998 beliau mengambil keputusan untuk kembali kejalan yang benar dan Takbir Hari Raya di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun tersebut telah melembutkan hatinya untuk menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara.

Kini Raja Azizan telah 13 tahun bebas dari pengaruh najis dadah sepenuhnya dan sekarang ini berbakti semula kepada masyarakat di CCSC Chow Kit bagi membantu penagih-penagih pulih dari dunia khayalan mereka. Pusat Khidmat Pulih dan Perihatin atau Cure and Care Service Center (CCSC) dibawah seliaan Agensi Antidadah Kebangsaan atau AADK. CCSC merupakan sebuah institusi dikendalikan dengan lebih terbuka dan kondusif supaya dapat memainkan peranan penting dalam membantu mempercepatkan proses kepulihan dan seterusnya berupaya membantu bekas-bekas penagih menjalani hidup sihat tanpa dadah. Jika anda menghadapi masalah yang sama sila hubungi atau lawati laman web berikut untuk keterangan lanjut.

Thursday, September 1, 2011

Berangkat Ke Rawang Residence

01.09.2011, Khamis - Hari nie Syah balik ke Rawang Residence begitu juga dengan Razak dan Kak Lang sekeluarga. Nampak gayanya teratak Nenda lengang malam nie. Yang masih belum balik lagi hanya Haziq. Kak Long Janet balik semalam. Razak balik dahulu diikut Syah dan Kak Lang sebelah malamnya.

Tengahari tadi Ayahanda dan Encik datang beraya ke Nenda Residence sekali nak jengok Syah sebelum Syah balik. Paginya my sister Intan datang beraya dan hubbynya Am ajak Syah ikut dia balik sama tetapi Syah kasitau nak ikut Mamat. Dia nak ajak Syah kerana boring seorang-seorang katanya coz Intan tak balik sama dan stay sehingga Ahad, Am fetch dia semula.

Syah bertolak hampir jam 18:00hrs dan jalan agak sesak sedikit mungkin ramai yang dah mula balik ke bandar. Syah ajak Mamat makan tetapi katanya kenyang. Syah sampai Rawang Residence jam 21:30hrs dan ada masalah sket nak masuk rumah coz kunci misplace tetapi setelah dibongkar beg jumpa juga akhirnya.

Syah tanya nak duit minyak tak dan katanya tak payah. Mamat nie kalau dia nak suruh isikan minyak dia akan cakap tetapi kalau dia diam jer atau kata tak payah tu maknanya dia sponser. Mamat tak masukpun rumah dan selepas salam dan cium pipi dia, Mamatpun balik. Ye walaupun dah besar tetapi Syah masih cium pipi Mamat heheheh .............. Anak saudara favourate katakan dan yang paling nakal tetapi tetap famouse dikalangan Uncle-uncle dan Aunty-auntynya.

Breakfast @ Nenda Residence

01.09.2011, Khamis - Nielah breakfast kami @ Nenda Residence pagi nie. Nasi Goreng dan Telur Dadar, Isteri Razak, Rahimah masakkan untuk kami semua. Sekarang jam 10:11hrs dan My Lill Sis Intan dan Hubbynya Am baru jer sampai ke Nenda Residence untuk berhari raya. Perut Syah rasa macam meragam jer dan semalam tak buang air besarpun, pagi nie adalah. Haziq pula baru balik kelinik kerana cirit beret dan kata doktor food piosioning. Biasalah tu standard hari rayakan semuanya masuk sampai perutpun terkezuttttttttttttttt.......

Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan Ziarah Makam Diraja Al-Ghufran


01.09.2011, Khamis - Gambar nie Syah ambil daripada Kak Engku - Raja Nur masa 1st raya hari tu tetapi tak dapat buat entry nie kerana ada masalah internet connection. Kelihatan Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah menziarahi Makam Diraja Al-Ghufran, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak. Baginda sempat menghabiskan masa melawat makam-makam kerabat baginda. Terdahulu Baginda serta kedua puteranya iaitu Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Perak Darul Ridzuan dan Yang Teramat Mulia Raja Kecil Sulung Perak Darul Ridzuan menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Masjid Ubudiah yang terletak bersebelahan makam berkenaan.