King Juan Carlos bersama doktor dan kakitangan hospital sebelum berangkat pulang selepas menjalani pembedahan lutut.
King of Spain, King Juan Carlos 1 telah berjaya menjalani pembedahan lutut kiri (join replacement) baginda pada pagi Jumaat lepas bersamaan 03.06.2011 dan telah dibenarkan keluar dari hospital pada 05.06.2011. Pembedahan selama tiga jam itu dilakukan di USP San José Hospital di Madrid oleh Dr Angel Villamor yang merupakan Pakar Kecederaan Sukan dan kenalan rapat baginda. Queen Sofia dilihat memasuki hospital semasa prosidur pembedahan hampir selesai dan meninggalkan hospital sejam kemudiannya.
“Join replacement” merupakan perkara biasa pada kebanyakan orang-orang yang telah berusia dengan mendapat kecederaan disebabkan aktiviti bersukan. “Joint” yang rosak itu telah digantikan dengan alat tiruan bagi membolehkan berlakunya pergerakan. Baginda terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan selama dua atau tiga minggu. Baginda sekarang berada di Barcelona untuk menjalani terapi pemulihanan.
No comments:
Post a Comment