20.06.2011, Isnin - Hari ini macam biasa Syah balik Rawang naik Metro Bus. Jam 17:30hrs Syah terus keluar office dan bila sampai di Bangkok Bank Syah nampak bas dah ada lalu Syah terus naik. Syah tak saing Arip kerana katanya malam tadi dia demam dan tak kerja hari ini. Macam biasa Syah tertidur dalam bas dan bila bangun Syah nampak jalan yang bas tu lalu macam lain jer dan Syah diamkan jer. nak kata salah tak mungkin kerana inspektor bas yang checking tiket tu orang yang biasa checking ticket ke Rawang. Jam dah hendak hampir jam 20:00hrs dan cuak gak rasa lalu Syah tanya orang sebelah bas nie pergi Rawangkan? Mamat tu senyum dan menganguk dan Syah rasa diapun macam pelik gak. Syah pun call Kak Lang Ella inform pasal perkara nie dan sambil berlawak Kak Lang Ella kata jangan bas tu sampai Sabak Bernam sudah? Heheheheh...............Kemudian baru Syah teringat Arip pernah cakap ada bas ikut highway tetapi bas SJ bukan Metro.
Dalam hati Syah kata tak tahulah kul berapa bas nie sampai Rawang. Takut gak kalau di berhenti di Country Home masak Syah dibuatnya nanti macam mana nak balik rumah. Syah cuba SMS Arip tanya dia ada dirumah tak tetapi dia tak jawappun. Mungkin tak perasan kot SMS Syah. Bukan apa kalau lambat sampai minta Arip fetch Syah dengan kereta Syah. Walau bagaimanapun nasib menyebelahi Syah. Hampir jam 20:30hrs bas sudah masuk area Rawang dan Syah turun dikawasan Sekolah simpang masuk ke Rawang Residence Syah. Sempalah naik bas masuk kedalam taman Syah dan cepat-cepat Syah jalan dan tunggu bas depan sekolah. Adalah tunggu 10minit akhirnya bas sampai dari Pekan Rawang dan lega rasanya. Tak payahlah Syah nak merendek jalan kaki.
Sekarang jam 20:20hrs dan Syah tak makan malam hari nie tetapi minum Herbal Life jer. Oklah semua sehingga berjumpa lagi dilain Entry.
No comments:
Post a Comment