Thursday, June 9, 2011

Raja Muda Perlis Melawat Kyoto, Jepun

09.06.2011, Khamis - Bermula semalam 08.06.2011 Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil kini berada di Kyoto, Jepun dalam rangka lawatan selama seminggu. Lawatan ini dianjurkan oleh Syarikat Penerbangan Malaysia melalui MASHolidays dan BMC Travel Sdn Bhd. turut mengiringi baginda berdua adalah Pengurus Besar Bernama, Datuk Hasnul Hassan.

Keberangkatan tiba baginda dan rombongan di lapangan terbang antarabangsa Kansai telah disambut oleh En Yoshinobu Hara yang merupakan Ketua Pengarah Biro Pengangkutan daerah Kinki, Kementerian Tanah, Infrastruktur, Pengangkutan dan Pelancungan. Dalam titahnya semasa majlis sambutan berkenaan, baginda berharap agar kunjungan baginda bersama ahli perniagaan dan anggota media dapat membantu menyemarakkan kembali sektor pelancongan yang terjejas berikutan gempa bumi dan tsunami pada bulan Mac tahun ini. Bencana alam ini sebenarnya telah menjejaskan sektor pelancongan terutamanya di Kyoto yang mempunyai beberapa kawasan tumpuan pelancongan yang diiktiraf Unesco sebagai warisan dunia.

En Yoshinobu melalui jurubahasanya memaklumkan bahawa pelancong mungkin mengangap gempa bumi dan tsunami yang berlaku telah memusnahkan kawasan pelancongan di Jepun yang membawa kepada kemerosotan industri tersebut. Walau bagaimanapun beliau memaklumkan bahawa bangunan-bangunan warisan di tapak warisan dunia di Kyoto tidak terjejas dengan bencan ini dan masih kekal teguh ditempat asalnya.

Kyoto merupakan sebuah bandar tua yang berusia 1000 tahun dan mempunyai 17 kawasan bersejarah yang diiktirf oleh Unisco sebagai tapak warisan dunia. Semalam, baginda dan rombongan telah sempat melawat dua bangun bersejarah didalam kawasan tapak warisan dunia dibandar Kyoto iaitu Nanzengi dan Heian Shrine.

No comments: