Thursday, June 16, 2011

Putera Mahkota Abu Dhabi Melawat Malaysia

16.06.2011, Khamis - Hari ini Bernama melaporkan bahawa Putera Mahkota Abu Dhabi yang juga merupakan Timbalan Agung Komendar Angkatan Tentera Emiriah Arab Bersatub(UAE), Jeneral Sheikh Mohammed bin Zayed Al Nahyan akan melakukan lawatan rasmi ke negara kita bermula esok 17.06.2011. Kementerian luar dalam kenyataannya memaklumkan bahawa lawatan ini akan mengukuhkan lagi jalinan setikawan diantara kedua-dua negara disampng mengadakan perbincangan dua hala berhubung isu serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Sheikh Mohamed akan diiringi oleh deligasi yang terdiri daripada pegawai kanan kerajaan. Syekh Mohammed juga dijadualkan mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara serta mengadakan prtemuan dangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Semenjak beberapa tahun kebelakangan ini, pelaburan dan pertumbuhan perdagangan diantara Malaysia dan UAE dilihat semakin memberangsangkan. Pada 2010, UAE merupakan rakan dagang terbesar negara kita di Timur Tengah dengan jumlah perdagangan sebanyak RM19.00 Billion

No comments: