05.06.2011, Ahad - Semalam sebelum ke Makam Raja Melawar, kami singgah ke Muzium Rembau - Replika Istana Raja Melewar. Masuk adalah percuma. Mengikut cerita kawasan ini merupakan tapak asal Istana Raja Melewar setelah baginda ditabalkan sebagai Raja sebelum baginda berangkat untuk bersemayam di Seri Menanti. Raja Melewar merupakan Yamtuan atau sekarang dipanggil Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pertama yang memerintah pada 1727-1773. Tempat atau kawasan ini dinamakan Istana Raja atau Astana Raja. Macam biasa semua Muzium tidak dibenarkan mengambil gambar tetapi pandai-pandailah kepada kita untuk mengabadikan kenangan di Replika Istana Raja Melewar nie.
Dibelakang Syah ini adalah ukiran pintu hadapan dan bilik dari kayu yang berusia hampir 100 tahun. Ianya disumbangkan oleh Puan Zainab Adam dari Kampung Nerasau, Rembau, Negeri Sembilan. Memang cantik dan halus seni ukirannya, tak dapat hendak dibayangkan macam mana bentuk rumah pembesar-pembesar pada zaman tersebut apatah lagi ukiran-ukiran pada Istana. Begitu tinggi nilai seni bangsa kita dan kita harus bangga dengan warisan yang ditinggalkan seperti ini.
Banyak lagi barang-barang yang dipamirkan didalam dan luar Replika Istana ini tetapi Syah tunjukan sebahagian daripadanya sahaja. Ini adalah replika Batu Kasur atau Batu Timbang. Batu ini merupakan tempat ujian bagi anak-anak raja sebelum ditabalkan sebagai Raja di Negeri Sembilan. Hanya mereka yang berjaya melalui ujian ini sahaja boleh dirajakan. Antara ujiannya mereka diwajibkan tidur beberapa hari diatas batu berkenaan yang dilapik dengan daun jelatang yang terlalu gatal jika tersentuh. Disamping itu mereka akan mendapat gangguan lain selama berada diatas batu berkenaan. Jika mereka bertahan bermakna mereka telah berjaya mengatasi ujian ini dan Raja Melewar telah lulus ujian ini dan ditabalkan menjadi Raja di Negeri Sembilan. Batu ini hanyalah replika sahaja dan yang aslinya berada di Pagarruyung.
Batu berlubang diatas sekali tu dikenali sebagai Batu Bertikam. Yang asli berada di Kacamantan (kampung) Lima Kanun Batu Sangkar, Sumetera Barat. Menurut cerita batu ini merupakan bekas tikaman Dt Pepatih Nan Sebatang sebagai simbolik sumpah setia pendamaian setelah mengakhiri perselisihan faham terhadap pemakaian Sistem Adat Koto Piliang yang dimulakan oleh kakaknya di Katumanggungan. Menurut cerita Dt Katumanggungan juga telah menikam sebuah batu dengan kerisnya dan keris tersebut telah ditempatkan di Sungai Tarab VIII Batu yang dijadikan puat pentadbiran Koto Piliang dengan mengamalkan sistem Adat Dt Bentara Putih. Bermula dari aat ini tidak ada sesiapapun dibenarkan mengamalkan sistem yang lain elain daripada Sistem Adat Caniago.
Disebelah kiri atas merupakan singahana Raja Melewar daripada Istana Pagar Ruyung, Sumetera Barat. Terdapat tujuh helai kain Cindai dengan tujuh warna untuk dijadikan tabir, tabir lelangit dan tilam pandak bertekad benang emas, gunung berangkat dikiri dan kanan, pemidang dan dulang berkaki bertutup, merawan tiga warna iaitu merah, hitam dan kuning, tabir lingkungan dan payung diraja.
Raja Melewar dan Rombongan serta peralatan berkenaan telah singgah di Penajis dan ditabalkan sebagai Raja di Astana Raja. Dari inilah timbulnya bidalan "Tanah Kerjan di Penanjis, Tanah Mengandung di Seri Menanti.
Gambar Cd yang latarbelakang bewarna kuning itu merupakan Pentarakna atau tempat duduk YTM Dato' Undang Rembau dan Toh Puan ketika menjalankan urusan rasmi negeri. Iannya didatangkan dalam lima tingkat. Ditingkt pertama diletakkan tilam pandak yang beralaskan tikar rompok. Tepak sirih diletakkan dihadapan tempat duduk. Bahagian atas pentas akan diletakkan tabir lelangit manakala keliling kawasan diletakkan tabir lingkungan. Pentarakna hanya digunakan ketika istiadat kerajaan berlangsung atau Majlis Istiadat mengadap oleh Dato-Dato Lembaga.
Foto bewarna merah adalah pelamin. Bagi keluarga pemegang adat seperti Buapak pelaminnya didirikan setinggi tiga tingkat, Dato' Lembaga pula empat tingkat. Bahan utama pelamin adalah tabir lelangit, tabir lingkungan dalam tilam pandak bagi tempat duduk pengantin. Selain daripada itu pelamin juga didatangkan dengan pelbagai hiasan diantaranya peparang, cekak kelambu, ampai-ampai dan bantal alas.
Itulah serba sedikit penerangan ringkas mengenai Replika Istana Raja Melewar ini. Banyak lagi yang tak sempat hendak diterangkan satu persatu. Jika ada kelapangan dimusim cuti sekolah ini sudi-sudikan anda dan keluarga datang beramai-ramai ke Muzium Rembau - Replika Istana Raja Melewar bagi menyakikan sendiri waris peningglan sejarah yang tidak ternilai ini.

No comments:
Post a Comment