Thursday, June 9, 2011

Al-Fatihah Mak

Makam Al-marhumah Maharum Al-Hajjah @ Gedang yang Syah panggil MAK di Sabak Bernam, Selangor. Al-fatihah .......................

09.06.2010, Khamis - Hari ini sudah 18 tahun orang yang Syah sangat sanjungi dalam hidup Syah meninggalkan Syah dan keluarga buat selama-lamanya. Individu itu adalah Almarhumah Nenda Syah Almarhumah Maharum Al-Hajjah @ Gedang yang Syah panggil MAK kerana dialah segala-galanya dalam hidup Syah. Syah mendapat kasih sayang seorang Ibu dari Mak kerana Syah tak pernah mendapat kasih dan sayang itu dari bonda Syah sendiri kerana dia telah pergi meninggalkan Syah untuk mengadap tuhan dalam usia Syah tak sampai satu tahun. Maklah yang bertanggung jawab membesarkan Syah serta memberi sepenuh kasih sayang dan kemewahan dalam hidup Syah dan tidak seorangpun dalam keluarga berani menyentuh Syah kerana takutkan Mak yang merupakan seorang yang Garang dan Tegas. Begitulah Mak menjaga Syah Bagai Menatang Minyak Yang Penuh. Bertuah Syah walaupun Syah tak seperti orang lain yang mempunyai Ibu tetapi apa yang Syah dapat dari Mak adalah lebih dari orang yang ada ibu sendiri. Terima kasih MAK.

Al-Fatihah

Kepada Al-Marhumah Maharum Al-Hajjah @ Gedang binti Abdul Rahman Al-Haj @ Abdul Rahman Sending. Semuga Rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal solleh.

AMIN

1 comment:

pa'ah said...

Al-Fatihah...semoga rohnya dtempatkan di kalangan orang yg beriman dan beramal soleh...Amin..