Sunday, June 19, 2011

Sultanah Helen Wanita Barat Pertama Menjadi Sultanah Dalam Kesultanan Melayu

Her Royal Highness Sultanah Helen Ibrahim

19.06.2011, Ahad - Sultanah Helen dikatakan sebagai wanita barat pertama yang ditabalkan sebagai suri singahsana kesultanan Melayu. Beliau adalah Sultanah Johor yang merupakan isteri ketiga DYMM Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Johor Ke-2 Era Johor Moden. Helen binti Abdullah dilahirkan di Glasgow pada 21.12.1889 sebagai Helen Bartholomew. Helen telah berkahwin dengan Dr William Brockie Wilson seorang warga British yang dilahirkan di Malaya dan merupakan doktor peribadi kepada Sultan Ibrahim. Setelah suaminya meninggal dunia, beliau telah kembali semula ke Britain.



Pada satu ketika, Baginda Sultan Ibrahim meminta Helen yang berada di Britian untuk menjadi "mata dan telinga" baginda menjaga putera-putera baginda yang dihantar ke sana untuk melanjutkan pelajaran. Baginda sering melawat putera-putera baginda dan disinilah timbulnya bibit-bibit cinta diantara mereka berdua. Hubungan Helen dan putera-putera baginda sangat rapat. Baginda telah mengambil keputusan untuk mengahwini Helen pada 1930 di Surrey. Setelah memeluk Islam beliau menggunakan nama Helen binti Abdullah dan telah ditabalkan pada 18.11.1931 dengan penuh adat istiadat Diraja Johor sebagai Sultanah Johor dengan gelaran Her Royal Highness Sultanah Helen Ibrahim. Walau bagaimanapun Jodoh, ajal, maut dan pertemuan ditentukan oleh yang MAHA ESA. Setelah melayari kehidupan sebagai isteri kepada Sultan Ibrahim selama 10 tahun akhirnya beliau bercerai dengan cara baik dengan baginda.

Stem Kenang-Kenangan Sempena Ulangtahun Perkahwinan Baginda berdua

Setelah bercerai dengan baginda, Helen kembali semula ke London. Sultan Ibrahim merupakan salah seorang Jutawan dan dermawan didunia paImbang Penuhda ketika itu dan dikatakan telah memberi banyak hadiah berupa barang kemas dari permata, zamrud dan berlian pada hari lahir Sultanah Helen dan ulangtahun perkahwinan mereka walaupun setelah mereka bercerai. Koleksi barang kemas Helen dikatakan sebagai yang terbaik didunia. Baginda merupakan seorang Sultan yang bertanggungjawab dimana baginda tetap menjaga kebajikan Helen walaupun telah bercerai dengan baginda. Wajah Sultan Ibrahim dan Sultanah Helan pernah diabadikan dalam stem kenang-kenangan sempena ulangtahun ke-5 perkahwinan mereka.

Sultan Ibrahim mangkat pada 08.05.1959 dan tidak meninggalkan sebarang zuriat bersama Helen. Tidak banyak yang mengetahui kehidupan Helen selepas berpisah dengan Sultan Ibrahim. Kali terakhir Helen diilihat pada 1960an dimana beliau dilihat turun dari sebuah Rolls Royce di Sauchiehall Street dan tiada kelihatan lagi selepas itu di khalayak ramai. Dari rekod yang diketahui beliau telah meninggal dunia dalam usia 88 tahun pada 13.08.1977 disebuah Rumah Jagaan atau Nursing Home di Surrey. Sehingga sekarang tidak diketahui dimana koleksi barang-barang kemas peningalan Helen disimpan.

Entry Syah berhubung isteri-isteri Sultan Ibrahim


2 comments:

Anonymous said...

Tiasa. Zuriat ? Princess mariam. Bukan kah. Peteri mereka berdua

Anonymous said...

Bonda Tengku Mariam -Sultanah Marcella