Paduka Seri Sultan Perak meletakkan bola sebagai tanda merasmikan Karnival Sukan Sikh 2011 - Gambar dari Bernama.
09.06.2011, Khamis - Malam tadi Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ini Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah telah berkenan merasmikan Karnival Sukan Sikh 2011 di Ipoh. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Besar Perak YAM Dato' Seri Zambry Abd Kadir, Presiden Majlis Sukan Sikh Malaysia-Singapura Dato' Sohan Singh Randhawa, Penaung Majlis Sukan Sikh Malaysia-Singapura Dato' Dr Surender Singh Cheema dan Presiden Kesatuan Sikh Perak Encik Gurjeet Singh. Karnival Sukan ini akan berlangsung bermula semalam 08.06.2011 hingga 11.06.2011.
No comments:
Post a Comment