Friday, October 29, 2010

Traffle untuk Breakfast - 29.10.2010

Pagi tadi Syah breakfast macam biasa iaitu cereal + low fat milk. Tetiba sahaja Kak Has panggil katannya Fatin ada bawa traffle (kalau salah eja abaikan jer ejaan tuh. hehehehe) dan Syah pun rasalah. Dalam hati kata mengapa rasa lain dan Syah buat hari tu rasanya manis gila coz resipinya dari Fatin juga. Rupa-rupanya Syah tersilap letak kuantiti antara susu cair dan susu pekat. Apa-apapun rasanya sedap dan dapat pujian tetamu. Fatin tergelak bila Syah inform perkara nie. Hari ini Fatin bawa dua Traffle dan salah satu merupakan kegemaran family dia iaitu diperbuat daripada pisang. Memang sedap dan Syah beri 5 Bintang. Heheheheheh kalau anda pernah buat traffle nie cubalah tukarkan isinya daripada kek dan fruit cocktail kepada pisang. Cuba dahulu baru tahu. Nak buat pisang tu special sedikit tapi nantilah Syah cerita dilain entry ........ Insyallah.


No comments: