Sekarang jam 06:10pm dan diluar sana tu hujan lebat bagai nak roboh langit dibuatnya. Ingatkan nak keluar jalan-jalan sambil berlari-lari anak pada jam 05:30pm tadi tapi dibatalkan kerana hari sudah mula nak hujan dan sekarang lebat. rasa boring pula sorang-sorang dirumah coz Muss keluar outstation ke Gua Musang, Kelantan petang tadi dan Cd keluar dan mungkin ke rumah Zul kerana birthday girl. Nak menonton Astro biaslah kalau hujan macam nie tau sama tau jer lah kan................ Nak tengok VCD tak tau cerita apa. Hemmmmmmmmm ........................
Mengenai sakit Syah pula sudah lama rasa sakit masa buang air kecil/besar dibahagian testis Syah sudah tiada tapi kadangkala sekali-sekali iannya datang juga. Semalam masa nak ke PWTC jadi lagi selepas ke tandas untuk buang air besar/kecil dan masa tu perut sakit. Dua tiga kali selepas buang air kecil rasa sakit tu ada tetapi hilang lepas tu. Hatri nie taklah sakit tapi ada rasa sedikit tapi kira ok lah. Suppliment yang Syah makan untuk buang toksin tu nampak macam ok jer dan Syah banyak kali juga buang air besar dan tak sembelit. Syah rasa macam kekeringan dan mulut serta dan bahagian dibawah lidah Syah rasa macam nak pecah-pecah (ulser) mungkin kurang minum kot sehari dua nie. Kat gigi depan sebelah bawah rasa nilu mungkin sebab ulser baru nak jadi kat area bahagian di bawah lidah tu kot? Bahagian dekat bawah lidah dan bukannya lidah yer. Tapi Syah ada sapu ubat ulser dan minta-minta tak melarat. Sehari dua nie peha Syah rasa sakit ototnya macam orang buat kerja berat dan rasa nilu. tak tahu kenapa mungkin kesan suppliment toksin tu ker. Entahlah........... Mata yang rasa sakit tu sudah ok tapi still letak ubat titik yang ada antibiotik tu.
No comments:
Post a Comment