Hari ini Queen Elizabeth II telah berkenaan merasmikan sebuah kapal mewah yang diberikan nama sempena nama baginda Queen Elizabeth. Upacara perasmian ini dilakukan di bandar pelabuhan Southampton, Selatan England dengan disaksikan oleh ratusan tetamu. Kapal sepanjang 300 meter ini dengan berat 92,000 tan dan mempunyai 16 dek, mampu menampung sehingga 2000 orang pelanggan dalam satu-satu masa. Lagu-lagu patriotik seperti Land of Hope dan Glory berkemundang diudara dalam majlis perasmian ini. Perasmian disempurnakan apabila baginda memecahkan sebotol besar 2009 Rothschild White Wine sambil bertitah May God Bless Her and All Who Sail In Her.
Selepas perasmian baginda dibawa melawat kesekitar kapal oleh Ship Master, Captain Chris Wells dan sempat melihat potret baginda yang memakai kalung dan anting-anting kepunyaan Queen Victoria yang juga digunakan oleh baginda semasa pertabalan baginda pada tahun 1953. Potret ini dihasilkan oleh seorang pelukis muda, Isabel Peachey yang merupakan pelukis termuda yang pernah diberi tanggungjawab untuk melukis gambar baginda Queen. Kapal ini akan meneruskan perjalanan sulungnya selama 13 malam, hari ini dan akan berhenti di Lisbon, Tenerife dan Maderia. Setakat ini sebanyak tujuh buah kapal telah dinamakan mengikut nama Raja/Queen England. Harga yang ditawarkan bagi menaiki kapal mewah ini bermula daripada 1,489 pound sehingga 15,799 pound.
No comments:
Post a Comment