Semenjak hari isnin Syah tak sihat dan Syah ke Kelinik Hamidah di Taman Melati dan dapat MC. Syah sakit perut dan bawah ketiak (kelenjar) Syah bengkak dan menyebabkan rasa demam. Hari Selasa ketiak Syah makin sakit dan Syah ke Pusat Perubatan Menara diMenara TM untuk jumpa Dr Rasool tapi dia tidak ada dan Dr locum attend Syah dan Syah puas hati dengan penerangannya. Katanya memang bengkak macam bisul tapi bukan bisul yang bernanah dan dia beri antibiotik dan ubat sapu.Dr bagi Syah MC dan terlanjur sudah keluar rumah Syah buat appointment dengan Victor di Snips Sungai Wang Plaza untuk gunting rambut coz rambut Syah sudah panjang dan sukar untuk diuruskan. Dari Menara TM ke KL Sentral dan ambil Monorail ke Sungai Wang Plaza. Syah sampai ke Snips lebih kurang jam 11:30am. Syah cuci rambut dan gunting, mereka caj RM50.00 dan dapat diskaun RM5.00 coz Syah members Snips.
Dari Bukit Bintang Syah naik Monorail ke Stesyen Monorail Titiwangsa dan transit ke Stesyen LRT Star Titiwangsa untuk ke PWTC. Hari ini merupakan hari pertama Perhimpunan Agong UMNO 2010 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra @ PWTC dan akan berakhir pada 23.10.2010 nanti. Saja jalan-jalan melihat keadaan disana dan teringat pada Ayahanda yang tiap-tiap tahun datang ke PWTC untuk perhimpunan ini tetapi tahun ini beliau tidak hadir kerana sudah berehat dari politik kerana kurang sihat selepas kemalangan tahun lepas.
Dari PWTC Syah ke KLCC dengan menaiki LRT Star PWTC dan Turun di Stesyen Masjid Jamek dan kemudiannya Naik LRT Putra Masjid Jamek untuk ke KLCC. Sampai sahaja di KLCC Syah ke Surau KLCC di concourse area berhampiran KFC untuk solat Zohor. Selepas solat Syah makan Meehoon Sup di Noodle's @ RASA Food Arena Suria KLCC. Disini Syah minta Meehon special sedikit lain dari yang lain coz dah biasa dengan pekerja disini. Syah minta Meehon sup dan letak Sayur, Tahu dan Cendawan. Menu biasa bukan macam nie. Heheheheheh Syah memang suka sayur lebih. harga dia caj macam biasa juga. Syah minum barli panas.

Selepas makan rasa sakit perut dan jika nak buang di KLCC memang tak larat coz susah nak cebok coz dia pakai sembur dari bawah jer dan memang tak sesuai untuk orang Melayu jadi Syah ke Masjid As-Syakirin KLCC. Selepas selesai ..... kebetulan masuk waktu Asar dan Syah solat Asar berjemaah sekali. Masa nie Muss call minta temankan dia dan Cd beli makanan kucing di Pandan Indah dan Syah kata ok dan hendak solat dahulu dan Muss kat dia keluar office jam 05:00pm kerana ada training. Masa nie juga staff Dr. Rozmey dari Herba Prima Marketing call bertanya beberapa soalan mengenai testimoni JM5 Syah. Mungkin nak masuk paper kot? Agaknya lah.
Lepas solat Asar, Syah bergegas ke LRT Stesyen untuk ke Ampang Park. Sampai di Ampang Park Muss sudah menunggu dihadapan McD Ampang park. Dari Ampang Park kami bergerak ke Pandan Indah. Selepas beli makanan kucing dan melihat kucing dan anjing yang sedang di groomingkan kami bertolak ke Taman Dagang kerana Muss nak dinner di Pak Ya Muslim Chinese Food. Mus Belanja hari ini. Sampai rumah hampir jam 08:30pm. Selepas solat Syah makan ubat dan terus tertidur kerana rasa demam tu masih ada lagi. Jam 02:00am Syah terbangun dan tak sempat nak update blog cuma upload gambar dalam FB untuk aktiviti hari ini. Kalau nak view pergilah ke laman facebook Syah di Tengku Sahiyar Shaari Al-Haj.
Ok lah habis sudah cerita semalam.
No comments:
Post a Comment