Tuesday, October 26, 2010

Genap Setahun Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan - 26.10.2010

Hari ini (26.10.2010) genap setahun Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir. Tahun lepas pada hari ini Syah berada di Bandar DiRaja Seri Menanti bagi menyaksikan Pertabalan Yamtuan diBalairung Seri Istana Besar Seri Mananti. Selepas majlis Istiadat Pertabalan Syah singgah sebentar ke Makam DiRaja sebelum berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Terima kasih kepada YAM Tunku Zain Al' Abidin atas jemputan, En Mohsin (Kerabat DiRaja Negeri Sembilan) yang banyak memudahkan urusan Syah di Istana semasa Pertabalan dan Che Wan yang banyak membantu dari segi logistik dan photography. Kenangan ini akan Syah sematkan di sanubari Syah sehingga akhir hayat kerana iannya merupakan peluang keemasan yang sukar dimiliki oleh semua orang.


No comments: