Matepelajaran SEJARAH WAJIB LULUS bagi SPM atau Sijil Peperiksaan Malaysia mulai tahun 2013 atau dengan kata lain perkataan yang mudah difahami, jika tidak lulus matapelajaran Sejarah mereka dikira gagal dalam SPM. Subjek ini juga akan dijadikan matapelajaran teras mengikut Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2014. Baru sekarang kementerian pelajaran buka mata untuk menangani masalah generasi muda yang tidak faham tentang sejarah negaranya sendiri sehingga sanggup menuntut sesuatu yang difikirkan logik tanpa mengetahui apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Walau bagaimanapun langkah Kementerian Pelajaran ini harus mendapat setinggi-tinggi pujian bagi membentuk masyarakat yang cintakan Negaranya disamping memahami konsep 1Malaysia dengan cara yang betul mengikut perlembagaan negara kita. Timbalan Perdana Menteri dan juga merupakan Menteri Pendidikan, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan perkara ini semasa Perhimpunan UMNO 2010 di PWTC semalam 23.10.2010. Dalam kenyataannya, beliau menjelaskan bahawa keputusan Kementerian Pelajaran itu adalah selaras dengan pandangan sebahagian besar para perwakilan perhimpunan UMNO 2010. Tambah beliau, Implementasi berhubung perkara ini dilaksanakan pada 2013 dan 2014 kerana ingin memberi tempoh masa yang cukup untuk melatih guru-guru disamping memberi pelajar tempoh masa persediaan secukupnya sebelum sistem baru ini diperkenalkan. Jika dahulu kita kata tak minat sejarah kerana tak luluspun tak apa dan malas hendak menghafal tarikh atau fakta tetapi sekarang tanamkan semangat kepada anak-anak kita untuk mencintai matapelajaran Sejarah itu sendiri jika tidak mahu gagal dalam peperiksaan.
Syah Jalan-Jalan @ Perhimpunan Agung UMNO 2010 semalam 23.10.2010
Sekarang ini kita lihat ada iklan yang menggalakkan kita menggunakan Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Rasmi. Perkara ini juga harus mendapat perhatian serious oleh pentadbiran YAB Perdana Menteri yang amat kita kasihi supaya raakyat mengguna dan mengutamakan Bahasa Malaysia kerana jika kita dengar dan lihat diluar sana banyak orang Malaysia menggunakan Bahasa Ingeris untuk berkomunikasi sehingga tidak fasih berbahasa Malaysia sebagai orang Malaysia. Perkara ini harus dipantau dengan kadar segara. Jika kaum cina atau India kurang fasih berbahasa Malaysia, itu perkara biasa yang tidak sepatutnya berlaku TETAPI lebih menyedihkan lagi orang Melayu itu sendiri tidak menggunakan bahasa Malaysia itu sendiri malah berbangga jika anak-anak mereka fasih berbahasa inggeris. Kita bukannya anti Bahasa Inggeris tetapi alangkan baiknya jika kita fasih berbahasa kebangsaan Negara kita sendiri disamping memahami bahasa-bahasa lain utama dunia kerana itu lebih baik daripada fasih berbahasa asing tetapi tak tahu bahasa negara sendiri. Bagaimana kita hendak mengujudkan satu genarasi baru yang cintakan bangsa dan negara Malaysia jika anak-anak kita tidak memahami sejarah dan bahasa negara mereka sendiri, kerana generasi muda inilah nanti yang akan meneruskan legasi kita meneraju negara ini dimasa hadapan.
No comments:
Post a Comment