Pagi tadi Komuter lambat, Ada ETS Train dari Ipoh tapi kami tidak dibenarkan naik kecuali Shuttle Train dari Ipoh sahaja boleh dinaiki untuk ke KL Sentral. Ialah ETS kan tambangnya mahal dan train baru sebab tu mereka tak benarkan penumpang di stesyen lain naik. Tapi yang tak bestnya Syah lihat staf-staf KTM yang hendak ke KL Sentral boleh pula naik, nampak sangat pilih kasihnya kerana sepatutnya pelanggan diutamakan dan kalau tak boleh naik staff pun sepatutnya tidak dibenarkan naik. Apa perasaan anda jika melihat keadaan ini berlaku padahal kami yang lain nie bersesak-sesak menunggu di landasan.
Hampir 07:30am Komuter sampai dan disebabkan orang ramai Syah tak dapat duduk dan terpaksalah berdiri selama satu jam dari Rawang ke KL Sentral. Tak mengapa dah biasa dah dengan keadaan begitu. Gambar diatas tu semasa di Stesyen Rawang dan gambar dibawah pula di Stesyen seterusnya hingga sampai ke Kuala Lumpur. Ini adalah keadaan biasa yang kami sering hadapi sepanjang hari terutamanya on the peak hours. Kadangkala kedengaran suara-suara yang tidak menyenangkan kerana tension coz dahlah sempit tapi penumpang lain bertolak-tolak untuk masuk juga kerana mengejar masa. Perkataan "Tak Reti Bahasa", "Bodoh" , mencarut dan berbagai lagi sudah menjadi kebiasaan bagi penumpang Komuter nie. Jika anda tidak biasa naik perkhidmatan awam diwaktu puncak sebegini tentu anda akan terkejut beruk mendengar kata-kata tu tapi kami dah lali dah............... . KTM haruslah mencari jalan penyelesaian secepat mungkim memandangkan permintaan yang tinggi terhadap perkhidmatan mereka manakala perkhidmatan yang ditawarkan tidak mencukupi. Sudah tentunya KTM memperolehi pendapatan yang lumayan dari kami sebagai pengguna dan gunakanlah sedikit keuntungan itu untuk memudahkan kami semua.
No comments:
Post a Comment