Tuesday, October 19, 2010

Tengku Bendahara Kelantan dilantik Tengku Mahkota Kelantan - 18.10.2010

Hari ini 18.10.2010 Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato' Seri Setia Raja Mohd. Aiseri Alias telah memaklumkan pemasyhuran adinda Sultan Muhamad ke-V, Tengku Bendahara Tengku Muhammad Faiz Petra sebagai Tengku Mahkota Kelantan dan Pewaris Tahta berkuat kuasa serta merta. Perlantikan dimaklumkan selepas bermesyuarat dengan 14 orang ahli Majlis Perajaan Negeri Kelantan (MPN), Majlis Penasihat Raja, Menteri Besar Kelantan dan Ahli Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Perlantikan ini adalah mengikut perkara 14 dan 27 undang-undang tubuh kerajaan Kelantan. Perlantikan ini telah mencatat sejarah di Kelantan kerana ianya merupakan pertama kali berlaku di negeri cik siti wan kembang ini Tengku Mahkota dan Sultan adalah dikalangan adik beradik. Kebiasaannya Tengku Mahkota adalah Putera (anak lelaki) Sulung Sultan.

Satu istiadat penyerahan watikah perlantikan Tengku Mahkota Kelantan telah diadakan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan jam 02:00pm tadi dengan penuh adat istiadat diraja kelantan. Turut hadir adalah Menteri Besar Kelantan, Dato Nik Abdul Aziz Nik Mat, barisan Exco dan kerabat DiRaja serta tetamu jemputan. Dengan perlantikan ini Tengku Faiz bakal menjadi raja atau pemangku raja apabila Sultan Kelantan berangkat keluar negara melebihi 12 bulan atau tidak boleh menjalankan tugas sebagai Sultan Kelantan dalam tempoh 12 bulan. Tengku Faiz dilahirkan pada 20.01.1974, berumur 36 tahun dan masih bujang. Anakanda kedua DYMM Sultan Ismail Petra dan YMM Raja Perempuan Tengku Anis ini dilantik sebagai Tengku Bendahara Kelantan pada 30.03.1989. Tengku Faiz merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) semenjak 21.06.2009. Tengku Faris mendapatkan pendidikan di Univerisiti College London dalam bidang Sejarah Purba.

Akhir sekali Tahniah Syah Ucapkan kepada Tengku Faiz atas perlantikan baginda sebagai Tengku Mahkota Kelantan, Yang Teramat Mulia Tengku Muhammad Faiz Petra ibni DYMM Sultan Ismail Petra.

No comments: