Sunday, October 24, 2010

1211 Menerima Anugerah Darjah Kebesaran dan Pingat Sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang - 24.10.2010

Hari ini seramai 75 orang telah menerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang ke-80. Menteri Besar Pahang telah mendahului senarai penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang yang disampaikan oleh Baginda Sultan Haji Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar, Bandar Diraja Pekan, Pahang Darul Makmur. Manakala satu istiadat khas akan diadakan pada malam ini ditempat yang sama untuk menyampaikan darjah kebesaran DK kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak. Untuk tahun ini sahaja jumlah keseluruhan penerima Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Pahang adalah seramai 1,211 orang penerima seperti berikut :-
  1. Darjah Kerabat Seri Indera Mahkota Pahang Yang Amat Dihormati (DK) dianugerahkan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia.
  2. Darjah Seri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang (SDSA) membawa gelaran Dato' Seri Diraja kepada Menteri Besar Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob. Darjah kebesaran ini merupakan yang pertama kali diperkenalkan sempena hari keputeraan Tuanku Sultan Pahang ke-80.
  3. Darjah Seri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Dato' Seri kepada 20 orang penerima termasuk dua orang adinda Tuanku Sultan pahang iaitu Tengku Dato' Nong Soraya dan Tengku Dato' Sulaiman.
  4. Darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada dua orang penerima.
  5. Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Dato' kepada 26 orang penerima.
  6. Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' kepada 96 orang penerima termasuk penerbit dan pelakon vetran Datin Rosnani Ludin (Rosnani Jamil) dan pengulas sambilan RTM Hasbullah Awang.
  7. Darjah Setia Ahmad Shah Pahang (SAP) kepada 31 orang penerima.
  8. Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP) kepada 76 orang penerima termasuk jaguh angkat berat negara, Amirul Amizan Ismail.
  9. Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP) kepada 59 orang penerima.
  10. Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP) kepada 179 orang penerima.
  11. Pingat Khidmat Cemerlang (PKC) kepada 159 orang penerima.
  12. Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) kepada 185 orang penerima.
  13. Pingat Jasa Kebaktian (PJK) kepada 382 orang penerima.

Syabas dan Tahniah Syah ucapkan kepada semua penerima Darjah Kebesaran dan Pingat sempena Hari Keputeraan Sultan Pahang ke-80 tahun.

No comments: