Today solat jumaat macam biasa di surau menara TM cuma bezanya jika dulu pergi bersama Ruzauddin tetapi kali ini pergi seorang coz Ruzauddin sudah transfer ke TM Annexe 2, walau bagaimanapun tetap solat jumaat bersama. Syah jumpa Ruzauddin, Rohizat dan Zell di surau. Selepas solat Ruzauddin, Rohizad dan Zell pergi makan tetapi Syah ke MyNews.com baca majalah dan kemudiannya naik ke Aras 14 dengan menaiki tangga dari aras -1.
Rezeki hari ini, jam 11:30thg tadi Azlina (ex office mate) call suruh kami semua naik ke seminar room di aras 50 untuk makan. Mereka ada program Membudayakan Integriti Masyarakat Malaysia. Syah makan sandwich, pulut panggang dan roti jala kari ayam. Lepas solat tadi Syah tak makan coz sudah kenyang cuma beli air Nestle Bliss Low Fat Yogurt drink 700gm ada offer di Aras -1, Menara TM dengan harga RM11.00 untuk tiga botol dan dapat gelas plastik percuma.
No comments:
Post a Comment