Saturday, October 2, 2010

Sakit Syah - 02.10.2010

Hari ini lepas buang air kecil tak sakit tetapi sakit tu datang kemudian dan agak lama dari biasa jika dulu 1 minit sekarang boleh dikatakan lebih lima minit. Tak tahu mengapa tapi pagi tadi Syah kemas rumah, Mop lantai , alihkan perabut dan cuci tandas dan bilik air. Mungkin tak boleh buat kerja berat agaknya kot? Masa sakit tadi Syah ke kedai juga ikut Mus dan CD untuk potong kaki seluar jeans Syah tapi kedai tue tutup. So Syah temankan Cd dan Muss breakfast. Syah minum Air Barli Panas sahaja dan lepas tu suruh mamak tu bungkus satu lagi untuk bawa balik. Depa pula, Muss Roti Canai, Telur Separuh Masak 2 biji dan Teh Ais, Cd pula Tosei, Ayam Goreng dan Teh Panas. Cd nak cari nasi lemak tapi tak ada. Banyaknya mereka makan. Hehehehheh................... Semuannya RM10.90, Cd bayar.

Balik dari Mendan Idaman Muss dan Cd jumpa baju kemeja Cd yang hilang dalam bakul motor jiran atas rumah. Dia buat pengelap motor. Muss dan Cd kata nak inform Shaari (jiran) just nak beritahu sahaja. Syah rasa mungkin dia tersalah angkat, tapi sepatutnya dia kena letakkan diampai semula kalau bukan dia punya dan bukan buat pengelap motor coz baju tu baru lagi. Tak tahulah mungkin salah faham kot?

Sekejap lagi nak bersiap coz Firdaus, adik Azrin nak buat open house di kuarters Polis dia di Cheras. Syah mandi dan buang air kecil dan rasa sakit tu datang semula macam tadi, masa Syah lap badan, rasa nilu, pedih dan gatal. Masa update blog nie sakit tu dah hilang. Ya Allah mengapa lah nie agaknya. Ubat Kelinik Zarif ada lagi dan malam nanti baru habis. Keadaan ini membuatkan Syah murung dan tak ada mood. Tapi Syah kena kuatkan semangat untuk melawan semua tue. Doakan Syah sihat yer Semua. Terima Kasih atas doa kalian.


No comments: