Rezeki pagi Jumaat dan Shukur Alhamdullilah kerana Allah makbulkan doa Syah agar perjalanan pagi ini berjalan lancar. Pagi tadi bas agak lewat dan kebetulan ada teksi berhenti, ada seorang wanita india dan cina menuju ke teksi berkenaan dan Syah ikut sekali. Rupa-rupanya teksi tu kosong jer dan hendak ke pekan Rawang. We all bertiga naik teksi tu sampai pekan Rawang (KTM Rawang). Caj nya hanya RM1.00 jer sama macam naik bas tapi kalau dari Pekan nak masuk ke Rawang Residence Syah mereka kenakan caj RM10.00, chargingnya memang cam tu. Kakak India tu inform Syah kadangkala kalau teksi tu berhenti dia naik tapi kena tanya dahulu takut ada orang sudah booking teksi tu. Sampai LRT Station lebih kurang 06:50am.
Jam 07:00am Shuttle train dari Ipoh datang dan Syah naik. Yang best kalau naik Shuttle ini sampai cepat kerana dia tidak berhenti di stesyen-stesyen lain kerana dari KTM Rawang dia akan terus ke KL Sentral. Seperkara lagi kalau naik shuttle nie pasti dapat duduk dan tak perlu berebut-rebut. Sampai KL Sentral jam 07:35am dan Syah sampai office lebih kurang 08:05am. Masa di Rawang Residence Syah perasaan jiran sebelah rumah Syah yang berbangsa India tu macam tak ada. Ampai sidai pakaianpun tak ada mungkin sudah pindah kot? Kerana dia menyewa rumah tu dan owner rumah tu pindah ke JB kerana bertugas di Singapura. Syah tanya isteri Chong (jiran sebelah rumah) pagi tadi tapi katanya diapun tak perasaan.
No comments:
Post a Comment