Friday, October 29, 2010

En Barudin Meninggal Dunia - 29.10.2010

Dengan rasa sedihnya dimaklumkan bahawa rakan sekerja kami di TM , Encik Barudin bin Sulaiman, Pengurus di Fundamental AND Pahang, telah kembali ke rahmatullah pada hari Khamis 28 Oktober 2010 bersamaan 20 Zulkaedah 1431H lebih kurang jam 9.00 pagi, di Hospital Pakar Kuantan. Jenazah arwah yang berumur 48 tahun telah selamat dikebumikan selepas waktu zohor hari yang sama di Tanah Perkuburan Islam Bukit Ubi, Kuantan, Pahang. Pemergian arwah merupakan satu kehilangan besar kepada Syarikat dan sukar untuk dicari ganti. Dengan ini marilah sama-sama kita hadiahkan pahala bacaan Al-Fatihah dan mendoakan agar rohnya sentiasa dicucuri rahmat serta ditempatkan bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Insya Allah. AL-FATIHAH.

No comments: