Hari nie sampai awal di office approx jam 08:00am coz Syah dari Rawang Residence pagi ini. Sampai sahaja office Syah buka peti sejuk dan potong buah betik. Bolehlah tahan sebiji betik tu untuk seminggu, Syah beli di Pasar Tanin Danau Kota berhampiran KL Residence Syah. Pasar nie ada tiap-tiap hari Ahad dan bermacam-macam barang keperluan harian ada dijual disini. Jika anda ada kelapangan sudi-sudikanlah datang ke pasar tani ini pada hujung minggu nanti. Syah memang suka makan fruit apatah lagi kadangkala Syah ada problem sembelit. So kena makan banyak fibre. Untuk hari ini Syah campurkan sedikit kismis dalam buah betik tu untuk jadikan ianya lain sedikit. Kismis nie Syah minta Abang Zaaba (office mate) belikan semalam kerana kebetulan dia ke Chow Kit Road. Harganya RM12.00 satu kilo. Lepas nie mungkin Syah akan tukarkan sarapan pagi dengan makan Oat campur kismis dan hari lainnya pula fruit, tukar-tukar. Syah kena sarapan coz hendak makan supplement Syah iaitu Bio-Life Fish Oil 1000mg dan Bio-Enhance Vitamin E Natopherol 250 I.U. Syah juga ambil Vitamin C tapi kadangkalan makan kadangkala tidak tapi Fish Oil dan Vitamin E memang ambil hari-hari.
No comments:
Post a Comment