Sebenar tadi Syah menelefon Istana Balai Besar, Kota Baharu, Kelantan untuk mengesahkan sebutan yang betul untuk Mantan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan kerana dalam akhbar ada yang Syah lihat mereka menulis gelaran Tengku Anis sebagai Raja Perempuan Kelantan Anis Abdul Hamid yang mana tidak ada gelaran Tengku didepannya. Rasa pelik ini menyebabkan Syah terpanggil untuk mengatahuinya sendiri dari pihak Istana. Sepatutnya Syah bercakap dengan bahagia Protokol tetapi tiada yang menjawab panggilan mungkin tiada staff disana lalu Syah minta bercakap dengan CC. Gelaran Mantan Sultan dan Raja Perempuan Kelantan adalah seperti berikut :-
- DYMM Sultan Ismail Petra ibni Almarhum Sultan Yahya Petra.
- Jika dahulu baginda menggunakan gelaran KDYMM (Kebawah Duli Yang Maha Mulia) Sekarang DYMM (Duli Yang Maha Mulia) Sahaja. KDYMM hanya digunakan oleh anakanda baginda iaitu Sultan Kelantan sekarang KDYMM Sultan Muhammad Ke-V.
- YMM (Yang Maha Mulia) Raja Perempuan Tengku Anis binti Almarhum Tengku Abdul Hamid. Jika dahulu baginda menggunakan gelaran KDYMM tetapi sekarang hanya YMM sahaja dan tiada perkataan Raja Perempuan Kelantan hanya Raja Perempuan sahaja.
No comments:
Post a Comment