Sunday, October 10, 2010

Deco Pagar Istana Nur Nadhirah Dicuri - 10.10.2010

Nak kata heran taklah seheran mana kerana pencuri nie memang tak kenal mangsa dan tak kira siapa. Beginilah yang terjadi kepada Istana Nur Nadhirah yang terletak di Bandar Kuala Terengganu. Pihak polis yang membuat pemeriksaan rutin sekitar kawasan istana pada hari Khamis lepas bersamaan 07.10.2010 mendapati banyak deco yang berbentuk bunga emas pada pagar bahagian belakang Istana telah dicuri. Pihak polis tidak dapat memastikan bila perkara ini terjadi. Kebetulan pada keesokan harinya Tuanku Mizan dijadualkan bersemayam di Istana itu kerana baginda akan merasmikan upacara perlepasan kejohanan sukan berkuda Sultan's Cup Endurance pada hari Sabtu. Perkara ini masih dalam siasatan pihak polis.

Beginilah keadaan deco bunga emas yang telah dicuri di pagar bahagian belakang Istana Nur Nadhirah, Kuala Terengganu. Dalam gambar (bulatan merah) kelihatan dua kuntum bunga emas sahaja yang tinggal. - Gambar diambil dari Kosmo



Istana Nur Nadhirah merupakan tempat persemayaman (rumah/tempat tinggal) Tuanku Mizan. Nasib baik Tuanku Mizan akan bersemayam disitu pada hari Jumaat dan pihak polis harus memastikan keselamatan sekitar kawasan Istana, jika tidak, mungkin tak siapa yang perasan akan kecurian ini. Nampak macam tiada kawalan ketat di sekitar Istana menyebabkan pencuri ini berani melakukan kerja-kerja bodoh nie. Dianggarkan sebanyak 650 ukiran bunga bewarna emas telah hilang dan setiap satunya seberat 100gm dan boleh dijual dengan harga RM1.50 satu. Mesti pencuri nie kesempitan wang dan sebagaimana yang kita tahu, biasanya orang yang buat kerja nie kebanyakannya penagih tapi dalam kes ini tah tahulah. Ada laporan akhbar menyatakan mungkin pencuri tersilap curi kerana mereka ingat deco itu diperbuat daripada emas, Heheheheh tergelak besar Syah membacanya. Pencuri sekarang pandailah bukannya bodoh, mereka tentu tahu itu bukan emas dan mana ada pagar Istana yang dibuat daripada emas di Malaysia nie. Istana Sultan Brunei idi Jalan Ampang pun bukan dibuat daripada emas inikan pula Sultan di Malasyia nie. Apa-apapun Syah berharap agar setiap Istana perlu dikawal ketat tak kiralah samada ianya berpenghuni atau tidak supaya perkara seperti ini tidak akan berlaku dimasa hadapan. Pada 26.02.2007, sebanyak 7 buah alat kebesaran dirajaTerengganu didapati hilang kerana dicuri di Istana Malawati, Putrajaya yang merupakan Istana hinggap Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia. Pihak-pihak yang bertanggung jawab terhadap pengurusan dan keselamatan Istana harus BELAJAR dari kesilapan ini supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan bagi menjaga maruah dan martabat Institusi beraja di Malaysia. Keadaan ini seolah-olah memperlekehkan Institusi diraja itu sendiri dan ianya amat memalukan.

No comments: