Thursday, October 28, 2010

Balik Rawang - 28.10.2010

Hari ini Syah keluar awal sedikit iaitu jam 05:20pm dan terus menuju ke LRT Kerinchi. Sampai sahaja ke platform Syah lihat orang ramai berkumpul dan hampir penuh platform. Jika fenomena begini maknanya LRT ada masalah dan macam biasa alasan yang diberikan melalui announcement adalah technical problem. Walau bagaimanapun ianya tidak lama coz 5 minit kemudian LRT sampai dan Shukur Alhamdulilah, kalau tidak sia-sia sahaja Syah keluar awal. Sampai di KL Sentral masih awal lagi coz Shuttle Train ke Ipoh bertolak jam 06:05pm. Ingat hendak makan sandwich di Subway tetapi bila teringat insiden Syah buang sandwich tu pada bulan puasa lalu tak jadi nak beli. Bukan apa syah nampa salah seorang pekerja asing tu tangannya berdarah dan di pegang makanan customer, Sepatutnya dia letak plaster ker ini tidak walaupun tangan mereka bersarung tangan plastic lutsinar tapi nampak darah ditangannya mengalir. Malas nak bising syah terus buang dalam tong sampah. Lebk baik rugi RM10.00 daripada menanggung sakit maklumlah pekerja asing ini kebanyakannya berpenyakit. Syah terus ke McD dan beli set burgernya. epas beli burger terus Syah ke shuttle station di aras 1 KL Sentral bersebelahan KFC.

No comments: