Thursday, October 21, 2010

PM Istihar Melaka Negeri Maju - 21.10.2010

Malam tadi (20.10.2010) PM Yang Amat Kita Kasihi, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengisytiharkan Melaka sebagai negeri maju dalam satu majlis persidangan video atau video conferencing (VC) diantara PM dan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam. PM berada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena perhimpunan Agong UMNO 2010 manakala KM Melaka berada di Stadium Hang Jebat. Jika anda perasan, tarikh pengistiharan ini mempunyai nilai simbolik tersendiri iaitu diadakan pada tarikh 20.10.2010 atau 20102010. Dalam ucapannya PM melahirkan rasa gembira beliau dengan pencapaian dan kemajuan Melaka yang disifatkannya selari dengan wawasan 2020 disamping mengucapkan tahniah kepada warga Melaka. Sehubungan dengan pengisytiharan ini, Melaka mengumumkan hari ini sebagai Cuti Am.


Tengahari semalam KM Melaka telah merasmikan perkhidmatan Monorel pertamanya. Sebenarnya perkhidmatan ini telah lama siap tetapi iannya tertangguh sehingga empat bulan kerana kerana tidak memenuhi beberapa criteria keselamatan yang ditetapkan oleh Jabatan Kereta Api. Monorel yang menelan kos RM15.9 juta ini mempu memuatkan sehingga 22 orang penumpang dalam satu masa. Monorel ini beroperasi dari jam 10:00am hingga 10:00pm setiap hari dengan menyusuri sungai melaka sejauh 1.6km dengan mengambil masa perjalanan pergi/balik selama 30minit dengan Kadar tambang RM10.00 untuk orang dewasa dan RM5.00 untuk kanak-kanak.


Walau bagaimanpun perkhidmatan yang mula beroperasi ini agak tercemar sedikit apabila berlaku insiden kerosakan monorel selepas empat jam iannya dirasmikan. Insiden berlaku pada jam 04:30pm dimana monorel yang membawa kapisiti 20 orang penumpang tiba-tiba berhenti diatas landasan kira-kira 100 meter dari Stesyen Hang Jebat selama 15 minit. Para penumpang yang terperangkap terpaksa dikeluarkan dari monorel tersebut menggunakan skylift. Perkhidmatan ini pulih sepenuhnya pada jam 06:00pm.

No comments: