Tuesday, March 12, 2013

Timbalan Sultan Brunei Menerima Mengadap Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam

12.03.2013, Selasa :- 

Pagi tadi Timbalan Sultan Brunei, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah telah berkenan menerima mengadap Dato' Abdullah Sani bin Omar, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam di Qashr Al-Meezan di Kumbang Pasang, Brunei Muara. Dato' Abdullah Sani bin Omar akan menamatkan perkhidmatan beliau sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam.

Sumber :- Jabatan Penerangan Brunei

4 comments:

NADZRI said...

assalam shah..tumpang tanya, kenapa Gelaran Putera Mahkota Brunei jadi Timbalan Sultan Brunei?.

tengkusyah said...

Salam Nadzri,
Sekarang Tuanku Sultan Brunei berada di USA untuk lawatan rasmi negara. So Pengiran Muda Mahkota menjadi Timbalan Sultan sementara Tuanku tiada dalam negara.
Terima kasih.

Radin87 said...

Owh, saya faham. Brunei tak guna gelaran Pemangku Sultan sebaliknya guna gelaran Timbalan Sultan. Begitu yer Syah?

tengkusyah said...

Salam Radin Lama tak dengar berita. Ya Pemanku Raja lah kiranya tetapi di Brunei disebut Timbalan Sultan.