25.03.2013, Isnin :-
Hari ini Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah telah berkenan menghadiri majlis pengkebumian Anggota Dewan Diraja Selangor, Allahyarham Dato' Seri Maharaja Diraja Tan Sri Dr Abdul Majid Ismail di Makam Diraja Shah Alam, Shah Alam, Selangor. Allahyarham yang berusia 92 tahun meninggal dunia dikediamannya petang semalam di Taman Duta, Kuala Lumpur kerana sakit tua. Jenazah Allahyarham dibawa ke Masjid Negeri Selangor, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam, Selangor untuk disolatkan sebelum dibawa ke Makam Diraja untuk dikebumikan jam 11:15hrs tadi. Turut mengiringi baginda Sultan Selangor adalah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Allahyarham merupakan bekas Ketua Pengarah Kesihatan dan pernah berkhidmat sebagai doktor peribadi Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah ibni Almarhum Sultan Hisamuddin Alam Shah Al-Haj sekitar tahun 1970an. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Sri Khairany Mahyuddin dan seorang anak lelaki serta dua anak perempuan. Takziah diucapkan kepada keluarga Allahyarham dan semuga kalian tabah menghadapi dugaan ini. Al-Fatihah.......... Semuga rohnya Allahyarham Dato' Seri Maharaja Diraja Tan Sri Dr Abdul Majid Ismail ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman dan beramal solleh. Amin.
Sumber:- Bernama
No comments:
Post a Comment