20 Mac 2013, Rabu :-
Tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas kerana dilantik semula untuk penggal kelima sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang. Perlantikan ini adalah untuk tempoh dua tahun berkuatkuasa mulai 01 Mei 2013 hingga 30 April 2015. Pagi tadi YTY Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas telah menghadiri istiadat pengurniaan surat cara perlantikan Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang di Istana Negara. Dalam istiadat ini, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah berkenan menyerahkan suratcara perlantikan kepada TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Malaysia yang amat kita kasihi iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.
TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas berusia 75 tahun dan perlantikan TYT sebagai Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang adalah seperti berikut :-
- Dilantik menjadi Yang di-Pertua Negeri pada 1hb. Mei 2001 selama tempoh 4 tahun;
- Dilantik semula pada 1hb Mei 2005 selama tempoh 4 tahun;
- Dilantik semula pada 1hb Mei 2009 selama tempoh 2 tahun;
- Dilantik semula pada 1hb Mei 2011 selama tempoh 2 tahun; dan
- Dilantik semula pada 1hb Mei 2013 selama tempoh 2 tahun (30 April 2015)
Tahniah diucapkan kepada TYT Tun Dato' Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas diatas perlantikan ini.
Sumber :- Bernama/ Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja
No comments:
Post a Comment