Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah selamat sampai ke Washington D.C. semalam untuk lawatan rasmi negara selama tiga hari. Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan diraja di Lapangan Terbang Andrews Air Force Base disambut oleh Caprica Marshall, Ketua Protokol, US Department of State ; Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng ; Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri,YB Pehin Datu Singamantari Kolonel (B) Dato Seri (Dr.) Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar.
KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan kemudiannya berangkat ke tempat penginapan di Willard International Hotel. Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda berdua dan rombongan diraja disambut oleh Pengurus Hotel Willard International, James Ryan, Setiausaha-Setiausaha Tetap di JPM dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan serta pegawai-pegawai kakitangan Pejabat Kedutaan Negara Brunei Darussalam ke Washington D.C. Amerika Syarikat.
Hubungan antara Amerika dan Brunei bermula semanjak tahun 1800 lagi apabila kedua negara menandatangani Perjanjian Persahabatan Perniagaan dan Navigasi dimana ianya kekal hingga sekarang. Selepas Brunei mencapai kemerdekaan dari British pada 1984, Amerika telah membuka kedutaannya di Brunei manakala Negara Brunie pula telah membuka Kedutaannya di Washington D.C. ekoran termetrinya hubungan diplomatik diantara Brunei - Amerika Syarikat pada 10 Mac 1984. Semenjak itu hubungan dual hala Brunei dan Amerika Syarikat terus dipertingkatkan melalui pertukaran tetap jawatan dan kerjasama dalam bidang pertahanan, pendidikan, perdagangan dan tenaga.
Sumber : Pelitabrunei / Jabatan Penerangan Brunei
Sumber : Pelitabrunei / Jabatan Penerangan Brunei
No comments:
Post a Comment