Semalam, Istana Diraja Monaco dalam kenyataannya memaklumkan bahawa Her Serene Highness The Princess of Hanover, Hereditary Princess of Monaco atau lebih dikenali sebagai Princess Caroline telah menjadi seorang nenek buat pertama kalinya. Menurut pihak Istana, cucunda pertama pewaris tahta Monaco yang berusia 56 tahun ini dilahirkan pada 21 Mac 2013 oleh Tatiana Santo Domigo (28 tahun) yang merupakan tunang kepada anak sulungnya Andrea Casiraghi (29 tahun). Pasangan ini dijangka akan berkahwin pada penghujung tahun ini. Dibawah perlembagaan Monaco, buat masa ini Casirghi merupakan pewaris kedua tahta selepas bondanya untuk mengantikan bapa saudaranya His Serene Highness The Sovereign Prince of Monaco Prince Albert II sebagai Pemerintah Berdaulat Monaco sehinggalah Prince Albert II memperolehi waris yang sah. Tatiana Santo Domigo pula merupakan anak seorang jutawan dan cucu kepada orang kedua terkaya di Colombia. Menurut pihak Istana, bayi lelaki berkenaan belum lagi diberi nama.
Sumber :- People / Hello Daily News
No comments:
Post a Comment