Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang berada di Amerika Syarikat untuk lawatan rasmi negara telah berkenan berangkat ke Majlis Santap Tengahari bersama Presiden Amerika Syarikat, Barack H. Obama. Majlis diadakan di Oval Office, White House selepas selepas sessi sidang akhbar di Whit House. Dalam titah baginda, Sultan Brunei mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas jalinan persahabatan yang telah lama terjalin diantara kedua negara serta layanan mesra yang diberikan sepanjang lawatan baginda dan rombongan diraja ke USA. Baginda juga berharap agar kerjasama dialog ASEAN-US akan dapat dipertingkatkan pada masa hadapan.
Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II (Kedua), YB Pehin Orang Kaya Pekerma Dewa Dato Seri Setia Lim Jock Seng; Menteri Tenaga di Jabatan Perdana Menteri (JPM), YB Pehin Datu Singamanteri Kolonel (B) Dato Seri Setia Awang Haji Mohammad Yasmin bin Haji Umar ; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Amerika Syarikat, TYT Dato Paduka Awang Haji Yussof bin Haji Abdul Hamid dan Setiausaha-Setiausaha Tetap di JPM dan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Dan Perdagangan ; Vice President Amerika Syarikat, Joe Biden; Setiausaha Pertahanan, Charles Timothy “Chuck” Hagel dan National Security Advisor, Amerika Syarikat, Thomas Donilon.
Sumber :- Pelitabrunei

No comments:
Post a Comment