Monday, March 4, 2013

Raja Zarith Sofiah dan Tunku Jalil Beri Penghormatan Terakhir Kepada Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar

04 Mac 2013, Isnin :-
Hari ini Isteri Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah binti Almarhum Sultan Idris Shah bersama anakanda baginda,YAM Tunku Laksamana Johor Tunku Abdul Jalil ibni Sultan Ibrahim telah berkenan memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Supritendan Ibrahim Lebar dan L/Kpl Mohd Azrul Tukiran yang gugur dalam mempertahankan negara dari penceroboh Tentera Diraja Sultan Sulu di Kampung Seri Jaya, Simunul, Semporna.  Dalam kejadian serang hendap yang  berlaku jam 20:00hrs pada hari Sabtu lepas telah mengorbankan enam orang anggota pasukan polis. Jenazah Allahyarham tiba di Pengkalan Tentera Udara Diraja Subang jam 18:30hrs tadi turut disambut oleh Perdana Menteri dan Isteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor. YAM Tunku Jalil yang juga merupakan seorang anggota pasukan polis begitu terharu dan Syah nampak dalam Berita TV malam ini, beliau dan bondanya mengalirkan airmata. Allahyarham L/Kpl Mohd Azrul Tukiran adalah sahabat kepada YAM Tunku Jalil. Gambar ini pula Syah ambil dari Fan Page Kesultanan Johor. Kelihatan YAM Tunku Jalil begitu terharu dan tersentuh hatinya sehingga memeluk erat bonda tersayang sambil mengalirkan air mata.

Sumber :- Bernama / Kesultanan Johor

No comments: